Empat pemain Chelsea telah disenaraikan oleh jurulatih England, Gareth Southgate termasuk Tammy Abraham dan Fikayo Tomori. Mason Mount dan Ross Barkley melengkapkan senarai 23 pemain yang akan beraksi dalam perlawanan pusingan kelayakan Eropah menentang Republik Czech dan Bulgaria.
Ini adalah panggilan pertama untuk Tomori untuk skuad senior sementara rakan sepasukan beliau, Abraham pula kali pertama dipilih untuk aksi kompetitif.
What an honour to get my first @England call up. Can’t wait to link up with the squad💙. pic.twitter.com/DMkmwPFY9T
— Fikayo Tomori (@fikayotomori_) October 3, 2019
Penyerang Chelsea itu sebelum ini pernah bermain untuk England dalam perlawanan persahabatan menentang Jerman dan Brazil pada tahun 2017.
Perkembangan terbaru ini nyata menghampakan Persatuan Bola Sepak Nigeria yang sebelum ini menyatakan hasrat mereka untuk memujuk kedua-dua pemain berkenaan beraksi untuk Super Eagles.
Abraham sebelum ini menyatakan beliau dilema dalam membuat keputusan sama ada mahu mewakili negara kelahirannya ataupun memilih negara bapanya (Nigeria).
Sekiranya pemain berusia 22 tahun itu diturunkan dalam perlawanan sama ada menentang Bulgaria atau Czech, beliau tidak dibenarkan lagi untuk menukar pilihannya. Begitu juga Tomori yang pernah beraksi untuk skuad B-20 Kanada yang merupakan negara kelahirannya.
“Adalah sangat tidak beretika untuk memberi kaps kepada seseorang hanya untuk memastikan dia tidak boleh bermain dengan pasukan [negara] lain,” kata Southgate kepada BBC.
“Dia [Abraham] dan Tomori kedua-dua dipilih berdasarkan merit dan telah bersama kami [England] sejak remaja dalam sistem akademi. Jadi kami lihat mereka sebagai pemain Inggeris yang mempunyai keinginan yang besar untuk mewakili England di peringkat senior.
“Ia adalah keputusan yang adil untuk memilihnya memandangkan dia adalah penjaring Inggeris terbanyak dalam liga.” tambah Southgate lagi.
Pemain bek kanan Tottenham Hotspur, Kyle Walker sekali lagi tercicir daripada senarai selain dua pemain Manchester United, Jesse Lingard dan Aaron Wan-Bissaka yang disisihkan akibat kecederaan. Pemain Liverpool, Alex Oxlade-Chamberlain juga tidak tersenarai untuk kali ini.
✅ Tammy Abraham
✅ Fikayo Tomori❌ Dele Alli
❌ Aaron Wan-BissakaGareth Southgate has named his 25-man squad for #Euro2020 qualifiers with Czech Republic and Bulgaria
— Sky Sports News (@SkySportsNews) October 3, 2019
Pemain tengah Leicester City, James Maddison sekali lagi dipanggil untuk tugasan antarabangsa ini. Namun demikian, pemain berusia 22 tahun berkenaan masih belum diturunkan dalam sebarang perlawanan di peringkat senior sekalipun beliau menampilkan aksi yang konsisten dan memberangsangkan bersama kelabnya.
“Dia [Maddison] ada dalam skuad semasa kami menentang Spain dan saya tidak pasti adakah itu adalah waktu yang sesuai untuk memberikan pengalaman pertamanya,” jelas Southgate.
“Saya berkali-kali ditanya kenapa tidak menurunkan pemain kreatif seperti dia dalam dua perlawanan terakhir, tetapi realitinya kami menang kedua-dua perlawanan tersebut dengan sembilan gol.
Manchester United are 'tracking' James Maddison, ahead of a 'potential £80m move'.
🗞 Latest football gossip: https://t.co/vjeuPSiAVK #mufc #LCFC pic.twitter.com/XTnclTRPky
— BBC Sport (@BBCSport) October 3, 2019
“Itulah kesukarannya menjadi seorang pengurus England. Saya tidak dapat menjanjikan apa-apa pada pemain.
“James perlu bersyukur dan berbangga kerana sekurang-kurangnya dia dipanggil untuk masuk ke dalam skuad ini sedangakan ada pemain lain yang tidak dipilih.
“Langkah seterusnya adalah berusaha keras untuk diturunkan. Jika dia boleh atasi cabaran itu, saya yakin peluangnya akan tiba.”
Kredit foto: Tribuna