Kerjaya Juruterbang Tak Halang Afif Najmi Bantu DDM FC

Meskipun sudah bergelar juruterbang AirAsia, Afif Najmi Muhd. Izwan tidak mahu menjadikan itu sebagai halangan meneruskan cintanya kepada bola sepak apabila masih meneruskan karier bersama DDM FC di saingan Liga M3.

Menurut bekas pemain futsal negara ini yang telah bergelar juruterbang sejak 2015, ia bukan tugas mudah untuk memberikan komitmen terhadap dua tugas itu di mana dia perlu mengekalkan tahap kecergasan menerusi inisiatif sendiri kerana tidak dapat menyertai setiap sesi latihan pasukan.

Malah, Afif Najmi sanggup mengorbankan cuti tahunannya semata-mata untuk turun beraksi bersama pasukan pada hujung minggu.

“Saya tetap mahu bermain bola sepak bersama DDM kerana minat selain saya pun dah lama bersama dengan mereka, sekurang-kurangnya saya mahu cuba beraksi satu musim dengan DDM dalam pentas M3.

“ Cuma cabaran utama mengekalkan tahap kecergasan memandangkan perjalanan panjang ditempuhi ketika bertugas dan biasanya kena tinggal di destinasi penerbangan saya selama dua ke tiga hari.

“Jika tidak dapat sertai latihan bersama pasukan, biasanya saya akan buat sendiri di gimnasium hotel bagi mengekalkan tahap kecergasan kerana apabila pulang nanti, saya boleh bermain untuk pasukan.

“ Ada kalanya pada hari perlawanan, saya baru tiba pada waktu pagi dan setakat ini saya sudah terlepas tiga, empat perlawanan bersama DDM kerana kekangan jadual waktu kerja, ” katanya.

Tambah Afif Najmi, dia telah berkecimpung dalam dunia bola sepak sejak lama dan tidak mahu membiarkan kariernya berkubur begitu sahaja hanya kerana sudah mempunyai kerjaya yang stabil.

“Saya sebenarnya sudah mewakili Kuala Lumpur pada umur 17 tahun (Piala Belia) namun selepas masuk kolej, saya berhenti main bola sepak kerana beralih ke futsal.

“ Pada masa itu, saya banyak masa kerana sedang belajar di kolej dan pencapaian paling tinggi yang pernah saya capai ialah mewakili pasukan futsal negara di Sukan SEA 2011.

“ Selepas itu saya berhenti sepenuhnya bermain futsal apabila mahu memberikan fokus kepada kerjaya sebaik permohonan menjadi juruterbang kadet Air Asia diterima pada 2013, sebelum menjadi juruterbang, dua tahun kemudian, ” katanya.

Tambah pemain berusia 28 tahun ini, dia cukup berbangga menjadi seperti hari ini memandangkan ayah, Muhamad Izwan Jaya Seelan dan abang, Amirul Asyraf juga merupakan juruterbang AirAsia.

Bermula daripada perasaan sekadar ingin tahu, Afif tidak sangka dia telah jatuh cinta terhadap kerjaya juruterbang dan akan mewarisi pekerjaan ayahnya.

“ Ketika di rumah, saya selalu dengar ayah dan abang bercerita pasal kerjaya juruterbang dan daripada situ perasaan untuk mencuba itu datang kerana minat yang ditimbulkan mereka.

“ Sememangnya kerjaya ini menjadi warisan dalam keluarga kerana ayah, (Muhamad Izwan Jaya Seelan) dan abang (Amirul Asyraf Muhamad Izwan) juga juruterbang, jadi saya gembira dapat teruskan kerjaya ini.

“Nasihat saya kepada rakan-rakan di luar sana, kerjaya memang sesuatu yang penting namun dalam masa sama tidak salah untuk teruskan bermain bola sepak asalkan dapat bahagikan masa sebaik mungkin,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN