Bekas kapten pasukan skuad Harimau Malaya, Dato’ M. Chandran meninggal dunia pada pagi tadi di kediaman beliau di Ampang Jaya.
Mendiang berusia 77 tahun dan meninggal dunia kerana penyakit uzur. Dato’ M. Chandran merupakan bekas kapten pasukan Selangor itu adalah anak kelahiran Sungai Siput, Perak.
Beliau beraksi sebagai seorang pemain pertahanan tengah ketika bersama Selangor dan pasukan negara dan pernah menjuarai pelbagai kejuaraan.
Turut pernah bergelar jurulatih bersama pasukan Selangor dan skuad kebangsaan, beliau diberikan anugerah berpangkat Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada 2000 yang juga merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada ketika itu.
Takziah
Ucapan takziah kepada keluarga legenda bola sepak Malaysia dan Selangor, Dato’ M. Chandran yang telah meninggal dunia jam 7.30 pagi tadi pada usia 77 tahun.
Baca penuh di https://t.co/SXkduWIZKp#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/m0ug3SNKNG
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) September 28, 2019
Mendiang meninggalkan seorang balu, Datin Pushtalata dan dua orang anak lelaki, C Kumarason dan C Vicnaraj , masing-masing berusia 38 dan 36 tahun.
Antara pemain seangkatan dengan mendiang ialah Abdullah Nordin, Chow Chee Keong, Wong Choon Wah, Dell Akhbar Khan, Soh Chin Aun, Santokh Singh, R. Arumugam dan juga Mokhtar Dahari.
Antara sumbangan mendiang di dalam bola sepak yang paling dikenang sehingga ke hari ini ialah apabila membantu pasukan negara muncul juara kumpulan pusingan kelayakan Sukan Olimpik Munich pada 1972, di dalam kumpulan yang turut mengandungi Korea Selatan, Jepun, Taiwan dan Filipina.
Beliau bersara daripada skuad kebangsaan pada 1974, sebelum turut bersara daripada beraksi bersama pasukan Selangor pada musim berikutnya untuk memberikan tumpuan kepada bidang kejurulatihan.
Buat keluarga mendiang Dato’ M. Chandran, takziah kami ucapkan daripada seluruh warga kerja Semuanya BOLA.