Barcelona Didenda €300 Kerana Bincang Dengan Griezmann Menerusi Pintu Belakang

Persatuan Bola Sepak Sepanyol (RFEF), telah mendenda Barcelona £265 ataupun €300 selepas didapati ada menghubungi Griezmann menerusi pintu belakang, ketika pemain itu masih lagi milik Atletico Madrid.

Atletico menyatakan mereka tidak memberikan sebarang kebenaran kepada Griezmann dan Barcelona berbincang.

Akibat daripada itu Atletico telah membuat keputusan untuk tidak menjual Griezmann ke Barcelona kecuali klausa pelepasan €200 juta diaktifkan.

Tetapi tindakan Atletico itu gagal. Griezmann kini beraksi untuk Barcelona, selepas memeterai perjanjian dengan nilai tebus klausa pelepasan €120 juta. Harga tersebut €80 juta lebih rendah daripada harga sebelum 1 Julai 2019.

Griezmann diikat oleh Barcelona dengan kontrak 5 tahun, termasuk klausa pelepasan €800 juta.

Atletico sudah menyatakan mereka masih mahukan €80 juta lagi daripada Barcelona kerana mendapati Griezmann dan Barcelona sudah melakukan perbincangan di menerusi pintu belakang. Perbincangan itu dilakukan pada Mac 2019.

Oleh sebab itu Atletico merasakan mereka berhak mendapat €200 juta daripada Griezmann.

Tindakan berbincang dari pintu belakang itu membuatkan RFEF kurang senang, dan mengenakan Barcelona denda €300.

Ini bukanlah pertama kali Atletico mengadu isu perbincangan menerusi pintu belakang di antara Griezmann dan Barcelona. Malah pada 2017, Atletico pernah membawa kes yang sama ke FIFA.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN