Semalam kecoh di media sosial apabila kapten Nicaragua, Juan Barrera mempersoalkan kenapa nama beliau didedahkan sebagai mengundi Lionel Messi. Sedangkan beliau tidak mengundi untuk pemain itu.
Satu senarai undian oleh kapten kebangsaan telah dikeluarkan di media sosial menyatakan bahawa, Barrera mengundi Lionel Messi sebagai pilihan pertama, diikuti oleh Sadio Mane dan Cristiano Ronaldo.
Barrera menerusi twitter beliau menegaskan, apa sahaja yang mengaitkan dengan undian beliau ke atas Messi adalah palsu.
“Tidak ada mengundi langsung untuk anugerah FIFA Best 2019. Segala informasi tentang undian saya adalah palsu, terima kasih.”
Lionel Messi telah diundi sebagai Pemain Terbaik FIFA Best dengan 46 mata menurut FIFA. Menewaskan Van Dijk dan Cristiano Ronaldo.
Barrera memberitahu La Prensa: “Saya tak undi Lionel Messi. Tahun lepas saya ada mengundi. Namun tahun ini saya tak terlibat. Saya terkejut ada melihat nama saya tersenarai dalam mereka yang mengundi Messi.”
https://twitter.com/ArgSoccer11/status/1176914556628520960
“Tiada penjelasan setakat ini yang saya terima tentang perkara ini. Messi adalah pemain yang hebat namun perkara ini jelas tidak patut dicemari dengan sebegini.”
SPORTbible melaporkan mereka ada menghubungi jurucakap FIFA berkenaan dengan perkara ini. Jurucakap FIFA menafikan mereka korup dan memalsukan undian. Dan mereka mengesahkan borang undian diterima daripada FA Nicaragua adalah bercop rasmi dan sah.
Lantas FIFA menegaskan, mereka akan memandang serius isu ini dan akan menyiasat FA Nicaragua. Sama ada undian oleh Barrera itu dipalsukan oleh pihak mereka.
Jurucakap it menegaskan: “Kami boleh mengesahkan bahawa, kami menerima borang sah yang ditandangani oleh pemain. Kami akan menghubungi FA Nicaragua, meminta penjelasan akan perkara ini.”