Piala Carabao: Skuad Muda Liverpool Cemerlang, Manchester United Lega, Chelsea Berpesta

Skuad muda Liverpool cemerlang dalam perlawanan pusingan keempat Piala Carabao, apabila menewaskan MK Dons 2-0 pada awal pagi tadi.

Antara pemain muda yang berada di dalam skuad Jurgen Klopp untuk perlawanan ini ialah penjaga gol, Caoimhín Kelleher; penyerang, Rhian Brewster; dan pemain pertahanan, Harvey Elliot.

Liverpool berada di hadapan melalui jaringan James Milner pada babak pertama perlawanan, sebelum seorang lagi bakat sedang meningkat naik, Ki-Hana Hoever menjaringkan gol kedua perlawanan untuk Liverpool mara ke pusingan seterusnya.

Manchester United pula menarik nafas lega apabila berjaya mengatasi kelab League One, Rochdale melalui penentuan sepakan penalti. Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sepanjang tempoh 90 minit perlawanan.

Manchester United menguasai babak pertama perlawanan, namun gagal memanfaatkan deretan peluang yang terhidang.

United akhirnya mendahului melalui jaringan Mason Greenwood pada minit ke-68 perlawanan, sebelum pemain berusia 16 tahun Luke Matheson memastikan perlawanan diheret ke penentuan sepakan penalti.

Manchester United menyempurnakan semua lima sepakan, sebelum kegagalan Jimmy Keohane membuatkan United menarik nafas lega dari dimalukan.

Skuad bimbingan Frank Lampard, Chelsea berpesta gol membelasah Grimsby 7-1.

Pemain pertahanan berusia 19 tahun, Reece James mencuri tumpuan buat skuad London itu apabila membantu dalam penghasilan gol Michy Batshuyi, menghasilkan bantuan gol untuk Kurt Zouma sebelum beliau sendiri meletakkan nama sebagai penjaring.

Callum Hudson-Odoi yang baharu pulih dari kecederaan turut berjaya menjaringkan satu gol dalam perlawanan yang penuh meyakinkan oleh skuad muda Chelsea.

Dalam satu lagi perlawanan West Ham yang masih segar dengan kemenangan 2-0 ke atas Manchester United di saingan liga pada hujung minggu lalu bagaimanapun telah dikejutkan dengan kekalahan 4-0 oleh Oxford United.

Kesemua gol oleh Oxford dijaringkan pada babak kedua perlawanan melalui Elliot Moore (minit ke-55), Matt Taylor (minit ke-71), Tariqe Fosu (Minit ke-84), dan Shandon Baptiste (minit ke-90).

Pada pusingan seterusnya, Liverpool telah diundi untuk berhadapan Arsenal, manakala Manchester United akan berhadapan Chelsea.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN