Kontrak Pemain Perak Belum Dimuktamad – PAFA

Perjuangan Perak dalam kempen Piala Malaysia masih belum berakhir. Malah pasukan tersebut berpeluang cerah untuk mara ke pusingan Separuh Akhir selepas mencatat kemenangan 1-0 ke atas Selangor dalam perlawanan sukhu akhir pertama di Ipoh pada Ahad lepas.

Namun begitu, menjelang penghujung musim ini, Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) mengesahkan pasukan tersebut masih belum membuat sebarang keputusan mengenai kontrak pemain mereka yang akan berakhir tidak lama lagi.

Setiausaha Kehormat PAFA, Tajul Hasnan Omar dalam kenyataannya kepada Bernama memaklumkan, pengurusan tertinggi persatuan itu menyerahkan sepenuhnya urusan berkaitan kontrak pemain kepada pengurus dan jurulatih The Bos Gaurus.

Tambah beliau lagi, setakat ini, masih belum ada sebarang keputusan yang dibuat bagi memastikan semua pemain kekal bersama pasukan itu.

Tajul Hasnan ditemui di Kampung Tebuk Matau selepas menziarahi keluarga Allahyarham Amirul Hakimi Abdul Latif yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di Taiping selepas menonton perlawanan suku akhir pertama tempoh hari.

“Pada pandangan PAFA semua pemain yang ada wajar dikekalkan kerana mereka bermain dengan baik,” katanya lagi.

Beberapa pasukan Liga Super difahamkan sudah mula mengintai beberapa bintang utama Perak seperti Shahrel Fikri, Brendan Gan dan kapten pasukan, Shahrul Saad sebagai persediaan untuk menghadapi saingan pada musim hadapan.

Tajul Hasnan apabila ditanya mengenai situasi tersebut, beliau menjawab ianya terpulang kepada pemain untuk membuat keputusan sama ada kekal bersama juara bertahan Piala Malaysia atau mahu berhijrah ke pasukan lain.

Perak akan bertandang ke Shah Alam untuk perlawanan suku akhir kedua menentang Selangor pada hari Sabtu ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN