Goal dari Andriy Yarmolenko dan Aaron Cresswell memberikan West Ham kemenangan kedua ke atas Manchester United di tempat sendiri.
Manchester United memulakan perlawanan tanpa beberapa pemain utama yang masih belum pulih dari kecederaan seperti Paul Pogba, Anthony Martial, Luke Shaw dan Eric Bailly.
Namun sedikit kejutan berlaku apabila Daniel James disenaraikan dalam kesebelasan utama sedangkan penyerang sayap Wales itu pada awalnya memasuki senarai pemain yang cedera.
Dua minit sebelum tamat babak pertama, pasukan tuan rumah mendahului menerusi Andriy Yarmolenko yang menyudahkan hantaran sungkit Filipe Anderson dengan sepakan voli rendah yang menewaskan David De Gea.
Setelah permainan disambung semula, Juan Mata yang menerima hantaran lintang Andreas Pereira mensia-siakan peluang untuk manyamakan kedudukan buat pasukan pelawat.
Selepas satu jam perlawanan berlangsung, United sekali lagi menerima tamparan apabila Marcus Rashford tidak mampu meneruskan permainan dan memburukkan lagi krisis kecederaan yang melanda pasukan tersebut.
Minit ke-82, jaringan Cresswell menerusi sepakan percuma sekali lagi menghukum United dan meletakkan pengurus mereka, Ole Gunnar Solksjaer dalam tekanan
Pada penghujung masa permainan, United sekali lagi dihukum dengan gol kedua West Ham
0 – Since winning each of his first nine away games as Man Utd manager in all competitions, Ole Gunnar Solskjær has seen his side fail to win any of his most recent such nine matches. Homesick. pic.twitter.com/YdjamGLbna
— OptaJoe (@OptaJoe) September 22, 2019
Tamat masa 90 minit perlawanan, West Ham menyapu bersih tiga mata penuh dan berjaya menempatkan diri di kelompak empat pasukan teratas EPL.
Kecederaan Rashford meletakkan The Red Devils kini tanpa penyerang berpengalaman dan terpaksa berharap pada pemain remaja, Mason Greenwood.
Saksikan rangkuman perlawanan di sini: