Piala Malaysia 2019: Nafuzi Zain Kesal Rentak Perlawanan Sering Terganggu

Nafuzi Zain Sanjar Shaakhmedov Terengganu JDT Piala Malaysia

Pengendali sementara Terengganu FC, Nafuzi Zain menjelaskan di dalam sidang media yang beberapa insiden di kalangan pemain sehingga perlawanan terpaksa dihentikan beberapa kali telah mengganggu rentak perlawanan pada malam tadi.

Dalam pertembungan suku akhir pertama antara Terengganu FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Sang Penyu tunduk 0-1 kepada Harimau Selatan dalam perlawanan yang dikuasai oleh pasukan pelawat.

Tuan rumah hanya memiliki satu peluang keemasan menerusi rembatan deras Sanjar Shaakhmedov iaitu di minit ke-65 namun Farizal Marlias cemerlang menafikannya untuk Terengganu FC sekurang-kurangnya meledak gol dan merekodkan keputusan seri.

“Sejujurnya, dari segi persembahan pasukan, saya tiada masalah. Kita tahu pemain saya bermain 100 peratus. Bermain menentang JDT bukannya mudah tetapi, setiap minit pemain saya mencuba.

“Cuma pada firasat saya, saya mahukan kedua-dua pasukan mempamerkan permainan yang menarik,” ujarnya mengenai prestasi kedua-dua pasukan pada perlawanan tersebut.

“Ya, saya mahukan kemenangan, tetapi kadang-kadang perjalanan perlawanan terganggu sebab terlalu banyak aksi terhenti. Kita tidak boleh salahkan sesiapa tetapi itulah keadaannya” jelas Nafuzi Zain mengenai situasi di mana beliau kelihatan berang di tepi padang.

Bercakap mengenai peluang pasukannya untuk perlawanan timbal balik di Larkin pada minggu hadapan, pengendali berusia 40 tahun itu percaya yang mereka masih memiliki peluang untuk bangkit seterusnya layak ke separuh akhir Piala Malaysia.

“Bagi saya, saya positif walaupun [tewas] 1-0. Tetapi, bagi saya 1-0 lebih terbuka sebab kita memang ke sana untuk menyerang dan menjaringkan gol dan pada masa yang sama kena bertahan.

“Tetapi, kita tahu memang sukar untuk menang di sana tetapi di dalam bola sepak ini, [perlu ada] kepercayaan, kerja keras dan kalau ada rezeki, insyaAllah semua terserah kepada takdir.

“Perbezaan ketara pada malam ini adalah kualiti pemain. Anda semua nampak kualiti pemain JDT itu tidak boleh dinafikanlah, [memiliki] pemain tempatan dan import terbaik,” ujar Nafuzi Zain mengenai perbezaan antara pemain Terengganu FC dan JDT.

Terengganu FC akan berkunjung ke tempat lawan pada Sabtu depan untuk aksi suku akhir kedua dan tiada istilah untuk sekadar memburu keputusan seri dengan kemenangan menjadi misi utama.

Kredit Featured Image: Terengganu FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN