Romelu Lukaku memuji pengurus pasukan, Antonio Conte selepas tandukan pada separuh masa kedua penyerang antarabangsa Belgium itu memastikan permulaan 100% kemenangan Inter Milan di saingan Serie A pada musim ini.
Kali ini, Inter menewaskan kelab seteru setempat, AC Milan dalam perlawanan yang lebih dikenali sebagai ‘Derbi Milan’.
‘I want a coach like this’ – Lukaku hails rapport with Conte after scoring Milan derby clincher https://t.co/nG0a3x4zW3 #FOOTBALL
— ⚽️FootyNewsMedia⚽️ (@FootyNewsMedia) September 21, 2019
Lukaku yang akhirnya bersatu dengan bekas pengendali Chelsea itu pada jendela perpindahan yang lalu melengkapkan kemenangan dengan jaringan setelah Marcelo Brozovic meletakkan Inter di hadapan – dalam perlawanan yang didominasi sepenuhnya oleh Inter.
“Beliau [Conte] adalah seorang jurulatih yang sangat bagus, beliau sentiasa membantu pemain untuk terus meningkat,” ujar Lukaku mengenai Conte selepas perlawanan.
“Saya perlu dan mahukan jurulatih seperti ini, seseorang yang sentiasa memberikan dorongan setiap hari. Saya gembira berada di sini dan menyarung jersi [Inter Milan] ini.”
⚽️⚽️⚽️⚽️⚽️⚽️ | 78′ – GOOOOOOOLLLLL
?Cross perfetto di #Barella
????DECOLLA @RomeluLukaku9E SONO DUE! #MilanInter 0⃣➖2⃣ pic.twitter.com/vtggsoQhSN
— Inter (@Inter) September 21, 2019
Conte pula berkata prestasi serba tidak menjadi dalam perlawanan menentang Slavia Prague di pertandingan Liga Juara-Juara (UCL) pada pertengahan minggu lalu mendorong beliau untuk memastikan pasukannya menyerlah menentang Milan.
“Kami beraksi selepas prestasi kurang memuaskan dalam perlawanan sebelum ini.
“Tetapi itu hanya memberikan kami lebih tenaga dan keinginan dalam perlawanan derbi sebegini. Saya percaya perlawanan pembukaan UCL tempoh hari membuatkan kami lebih faham mengenai perkara lain,” ujar Conte.