Granada mengejutkan Barcelona 2-0 sekaligus berada di tempat teratas La Liga selepas melalui lima perlawanan musim ini.
Kekalahan ini juga bermakna ia adalah permulaan terburuk buat buat skuad Blaugrana sejak musim 1994/95 dalam saingan liga.
Granada kendalian Diego Martinez yang mencatatkan dua kemenangan berturut-turut sebelum ini, mendahului melalui tandukan Ramon Azeez.
Kemudian Arturo Vidal dipersalahkan kerana menyentuh bola menggunakan tangan – selepas semakan VAR – sebelum Alvaro Vadillo tenang menggandakan pendahuluan Granada pada minit ke-66 perlawanan.
Skuad kendalian Ernesto Valverde belum mencatatkan sebarang kemenangan di tempat lawan dalam semua perlawanan di semua pertandingan sejak tujuh perlawanan lalu.
Buat kali pertama sejak Mei 2009, Barcelona bolos sekurang-kurangnya 2 gol dalam empat perlawanan La Liga berturut-turut.#SemuanyaBOLA pic.twitter.com/7vwwbTMHrp
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) September 21, 2019
Granada pula sebaliknya terus cemerlang apabila melalui perlawanan ketiga tanpa dibolosi sebarang gol.
Junior Firpo memulakan perlawanan La Liga pertama beliau buat Barcelona. Namun dua kesilapan jelas dilakukannya – ketika Granada mendahului perlawanan hanya selepas 63 saat perlawanan bermula.
Antonio Puertas berjaya merampas – hasil dua kesilapan oleh Junior – sebelum melarikan bola, dan melakukan hantaran yang gagal digapai oleh Marc-Andre ter Stegen, untuk Azeez mudah menanduk masuk ke gawang kosong di far-post.
Promoted Granada have stunned champions Barcelona to go top of La Liga.
➡️ https://t.co/EHaRnIiQXm pic.twitter.com/d7jK7ds7mh
— BBC Sport (@BBCSport) September 21, 2019
Barcelona cuba bangkit selepas itu. Percubaan Luis Suarez misalnya hanya mengena dinding pertahanan lawan, dan akhirnya Barcelona mengakhiri babak pertama perlawanan tanpa sebarang percubaan tepat direkodkan.
Babak kedua perlawanan, Valverde memasukkan Lionel Messi yang baru pulih dari kecederaan.
Namun ianya Barcelona yang hampir dihukum apabila Ter Stegen cuai apabila gagal menangkap kemas hantaran lintang lawan. Mujurlah bola berjaya ditangkap semula oleh penjaga gol itu sebelum Roberto Soldado sempat menyambar.
Barcelona hit the target with just one of their eight shots against Granada:
Luis Suárez: 0/3
Antoine Griezmann: 0/1
Clement Lenglet: 0/1
Arturo Vidal: 0/1
Lionel Messi: 1/2Uninspiring in attack. pic.twitter.com/rUNESvVbEG
— Squawka Football (@Squawka) September 21, 2019
Granada menggandakan pendahuluan pada minit ke-66. Vidal yang baru dimasukkan menggantikan Ivan Rakitic dipersalahkan kerana menyentuh bola di dalam kawasan penalti.
Vadillo tenang menewaskan Ter Stegen untuk Granada menggandakan pendahuluan.
Walaupun memasukkan Messi dan Ansu Fati, Barcelona gagal menyerlah selepas hanya menghasilkan dua percubaan tepat sepanjang 90 minit perlawanan.
Dengan atau tanpa Messi, Barcelona kali ini tetap parah.