Lebih 20,000 Penyokong Partizan Bawah 14 Tahun Hadir Ke Perlawanan UEL

Apa akan jadi, kepada pasukan di Malaysia ini, jika dikenakan sekatan kehadiran penyokong daripada umur 15 tahun dan ke atas?

Pasti anda akan membayangkan stadium tersebut akan sunyi sepi.

Namun tidak untuk Partizan Belgrade. Kelab ini menerima hukuman daripada UEFA kerana insiden kekacauan penyokong sebelum ini.

Bagaimana ia bermula?

Partizan dikenakan penggantungan bermain di stadium kosong untuk 2 prlawanan kerana kelakuan rasis ultras mereka ketika aksi kelayakan pusingan ke-3 menentang Malatyaspor dari Turki di mana, mereka menang 3-1.

UEFA turut mendenda Partizan Belgrade sejumlah €24.3 ribu kerana penyokong membaling objek dan kesalahan lain.

Pihak pengurusan Partizan Belgrade telah melakukan rayuan kepada UEFA agar hukuman diringankan. Rayuan itu ditolak.

Namun UEFA memberikan kelonggaran dengan membenarkan penyokong bawah 14 tahun dibenarkan menyaksikan perlawanan, sama seperti yang berlaku ketika mereka menentang Molde sebelum ini.

Dalam aksi pertama mereka di UEL musim ini, terdapat lebih 20,000 penyokong bawah 14 tahun ataupun budak sekolah yang hadir ke perlawanan itu. Langkah UEFA ini lebih kepada untuk mewujudkan atmosfera, kerana perlawanan itu ditayangkan secara langsung.

Ia langkah yang agak bijak. Di mana kanak-kanak daripada sekolah sukan dan akademi bola sepak diberikan keutamaan untuk masuk ke stadium.

Perlawanan di antara Partizan dan AZ Alkmaar berakhir dengan 2-2. Semangat penyokong-penyokong muda ini tidak kurang hebatnya.

Kita buang yang keruh dan ambil yang jernih. Yang keruhnya, sikap ultras Partizan Belgrade yang menggunakan chant rasis, itu kita jangan ikut. Ia membuatkan penyokong lain turut terpalit, gagal untuk menyaksikan aksi UEL pertama mereka musim ini.

Yang jernihnya adalah semangat penyokong-penyokong mereka sejak usia awal lagi dalam memberikan sokongan kepada pasukan mereka. Itu juga tandanya, pengurusan kelab mereka telah melakukan sesuatu yang luar biasa dalam menarik sokongan para penyokong.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN