‘Chelsea ‘Muda’ Ini Ingatkan Saya Kepada Borussia Dortmund Saya Dahulu’

Jurgen Klopp menyatakan, pasukan muda Chelsea di bawah kendalian Frank Lampard kali ini mengingatkan beliau kembali kepada pasukan muda Borussia Dortmund beliau satu ketika dahulu.

Lantas, Jurgen Klopp tidak mahu sesekali memandang rendah kepada kemampuan Chelsea kali ini.

Dan beliau memahami tekanan yang dirasai Lampard apabila ramai pihak kerap memandang rendah kemampuan mereka yang sarat dengan pemain-pemain muda.

Dari sudut lain, Klopp anggap itu sebagai satu kelebihan dan motivasi untuk mereka mengorak langkah lebih berani.

Dengan sekatan perpindahan ke atas Chelsea, pasukan itu telah mengetengahkan bakat-bakat muda, terutama sekali daripada akademi mereka, termasuk Tammy Abraham dan Mason Mount.

Lampard
Kredit Foto: Metro UK

Klopp pernah menjuarai 2 Bundesliga dengan rangkaian pemain-pemain muda yang dibangunkan oleh mereka ketika di Dortmund, memecahkan monopoli Bayern Munich. Mereka juga pernah mara sehingga ke final UCL.

“Mereka [Chelsea] pasukan yang mengujakan. Ia sedikit sebanyak mengingatkan saya kepada pasukan saya dahulu di Dortmund. Di mana ketika itu, kami pasukan yang benar-benar muda, dan mungkin lebih muda daripada pasukan Chelsea ini.”

“Orang di luar akan sentiasa bercakap tentang, betapa mudanya pasukan kamu, namun hakikatnya, mereka hanya bermain di atas padang kerana mereka cukup bagus. Mereka tidak bermain di atas padang, hanya kerana mereka muda.”

https://twitter.com/iLiverpoolApp/status/1175220132400029696

“Jika kita perlu memilih satu kelab yang tidak begitu terkesan dengan sekatan perpindahan, rasanya Chelsea.”

“Ini juga kerana polisi perpindahan mereka dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Di mana beberapa pemain yang mereka pinjamkan ke kelab lain, kembali dan bermain.”

Klopp juga menyifatkan Lampard telah menaikkan nilai pemain dengan sangat baik.

Ia juga seakan-akan sama dengan apa yang pernah mereka lakukan ketika di Dortmund dahulu. Di mana ramai pemain yang mereka bangunkan, dalam masa beberapa tahun melonjak nilainya.

“Mereka membeli Christian Pulisic sebelum ini. Saya tidak pasti berapa harga beliau, mungkin dalam £60 juta. Namun sekarang ramai pemain muda mereka sudah naik harga sekitar jumlah yang sama [£60 juta].”

“Tammy Abraham sekarang ini bernilai £60 juta, Mason Mount sudah tentunya £60 juta juga, tidak kurang daripada itu.”

“[Callum] Hudson-Odoi sudah lama berada pada paras harga itu.”

“Kante pemain yang kelihatan boleh beraksi untuk 20 tahun lagi.”

“Mereka ada Mateo Kovacic, Ross Barkley dan pemain-pemain yang berpengalaman di samping mereka… Pedro, Willian, Olivier Giroud, di bangku simpanan ada Michy Batshuayi.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN