Pihak pengurusan pasukan Melaka United (MU) mengakui bahawa mereka masih ada tunggakan gaji pemain pada ketika ini.
Ianya menjadi topik hangat dalam pada pasukan MU mempersiapkan diri untuk berhadapan dengan Pahang dalam aksi suku akhir Piala Malaysia pada Ahad ini.
Isu ini mulai tular, apabila kapten pasukan, Shukor Adan menggesa pengurusan untuk bertindak lebih amanah dalam perihal gaji pemain. Shukor Adan meluahkan perkara itu menerusi Instagram beliau.
Kenyataan Shukor Adan itu mengundang reaksi daripada penyokong Melaka yang kecewa dengan pengurusan pasukan.
Presiden MUSA, Adly Zahari sebelum ini, turut memberikan jaminan bahawa penaja-penaja pasukan sudah bersedia untuk melunaskan janji mereka. Dan ia diharap akan dapat dilakukan dalam masa terdekat, sekaligus membolehkan MUSA menyelesaikan isu tunggakan gaji pemain.
Dipetik dari sumber Harian Metro, Adly berkata: “Apapun MUSA tetap berusaha agresif untuk melunaskan tunggakan gaji berkenaan yang dihadapi pemain skuad berkenaan kali ini.”
“Justeru mara ke peringkat terbabit dan memenuhi Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) ini diharapkan mempercepatkan proses penaja untuk menghulurkan komitmen mereka,” katanya lagi.
Pengurus pasukan MU, Datuk Yusoff Mahadi mendedahkan, beliau sangat berharap aksi cemerlang berhadapan dengan Pahang pada Ahad ini akan dapat menarik perhatian penaja untuk menyuntik dana, seperti yang mereka janjikan sebelum ini.
Yusoff Mahadi tampil memberikan kenyataan bahawa, isu tunggakan gaji di Melaka memang sudah berlaku sejak awal musim lagi. Walaubagaimanapun, pihak MUSA tetap berusaha untuk membayar gaji pemain.
Dan situasi yang sama dihadapi oleh Melaka pada ketika ini, di mana, ada tunggakan gaji selama 2 bulan.
https://twitter.com/ArenaHM/status/1174662158811947010
Yusoff Mahadi berharap, MUSA akan mendapat dana daripada penaja secepat mungkin bagi membolehkan gaji pemain dibayar, lantas ia akan menjadi motivasi untuk para pemain.