Juventus bertandang ke Stadium Wanda Metropolitano untuk berhadapan dengan Atletico Madrid.
Namun pasukan bimbingan Maurizio Sarri bergelut untuk mencipta peluang gol pada separuh masa pertama.
Pada separuh masa kedua, Juan Cuadrado meletakkan pasukan pelawat di hadapan, hanya selepas 3 minit babak kedua bersambung.
Cuadrado melakukan pintasan masuk ke kiri dan melakukan rembatan lencong yang deras ke sebelah kiri.
https://twitter.com/i/status/1174415285614534657
Tidak lama selepas itu, Blaise Matuidi meletakkan Juventus 2 gol di hadapan pada minit ke-65.
Juventus diberikan saingan yang sangat sengit oleh Atletico sepanjang perlawanan. Juventus lebih dominan dari segi penguasaan bola.
Namun siapa yang tidak kenal dengan pasukan bimbingan Diego Simeone ini, yang terkenal dengan sikap tidak mahu mengaku kalah.
Atletico merapatkan jurang gol pada minit ke-70 menerusi Stefan Savic. Atletico mulai mencipta banyak peluang gol, dalam usaha mereka mahu mengelak daripada tewas perlawanan pertama.
Pemain gantian Hector Herrera menjadi wira pasukannya, apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-90 perlawanan.
Ia sekaligus menafikan 3 mata Maurizio Sarri dalam debut beliau di UCL bersama dengan Juventus.
Kedua-dua pasukan berkongsi 1 mata. Dalam satu lagi perlawanan, Lokomotiv Moscow menewaskan Bayer Leverkusen. Sekaligus meletakkan Lokomotiv menjadi pasukan di tangga teratas kumpulan D.