Paris Saint-Germain (PSG) hampir pasti beraksi tanpa trio penyerang utama mereka iaitu Neymar, Edinson Cavani dan Kylian Mbappe apabila mereka melayan kunjungan Real Madrid untuk perlawanan pembuka tirai kumpulan A Liga Juara-Juara Eropah.
Neymar masih dalam tempoh penggantungan selepas kejadian memaki pegawai perlawanan sewaktu PSG disingkirkan oleh Manchester United musim lepas. Sementara Cavani dan Mbappe pula masih belum pulih dari kecederaan.
PSG dijangka bakal menurunkan penyerang baharu mereka, Mauro Icardi buat kali pertama musim ini. Pemain Inter Milan yang dipinjamkan ke kelab itu dilaporkan sudah bebas sepenuhnya dari kecederaan otot.
🔜🏆⚡️
Matchday 1⃣ #PSGRM
🔴🔵 #ICICESTPARIS pic.twitter.com/9mLGzCh4ZM
— Paris Saint-Germain (@PSG_English) September 17, 2019
Pengurus PSG, Thomas Tuchel juga boleh mempertimbangkan untuk menurunkan bekas penyerang Stoke City, Eric Choupo-Moting dalam kesebelasan utama. Selain itu, Pablo Sarabia dan Angel Di Maria juga siap sedia untuk beraksi di Parc des Princes bagi menggempur gawang Real Madrid.
“Semua pihak tahu kami kehilangan beberapa penyerang utama, tetapi saya percaya kepada penyerang saya yang lain untuk menghadapi perlawanan ini,” kata pengurus berasal dari Jerman itu.
Real Madrid juga tempang apabila beberapa pemain utamanya seperti Marcelo, Luka Modric, Isco dan Marco Asensio ditimpa kecederaan. Nacho Fernandes dan Sergio Ramos pula digantung perlawanan.
⚽️💪 Training ✅
👊 Bring on @PSG_English!#RMUCL | #HalaMadrid pic.twitter.com/CHgHaDg3xr— Real Madrid C.F. 🇬🇧🇺🇸 (@realmadriden) September 17, 2019
Eden Hazard dijangka akan memulakan perlawanan selaku pemain kesebelasan utama buat kali pertama pada musim ini. Hazard dimasukkan pada separuh masa kedua ketika Real Madrid menang ke atas Levante pada hujung minggu lepas.