Mkhitaryan Skor Pada Debut, Twitter AS Roma Troll Balik Penyokong Arsenal

Henrik Mkhitaryan hanya memerlukan 22 minit, untuk membuka akaun gol beliau di AS Roma.

Mkhitaryan berpindah dari Arsenal ke AS Roma dengan kontrak pinjaman semusim, serta klausa pembelian tetap.

Dalam aksi Serie A semalam, AS Roma menang 4-2 ke atas Sassuolo.

Bryan Christante meletakkan Roma di hadapan seawal minit ke-12.

Edin Dzeko, Henrikh Mkhitaryan dan Justin Kluivert menggandakan lagi pendahuluan kepada 4-0 pada separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua, Sassuolo menjaringkan 2 gol sagu hati.

Ketika separuh masa pertama antara Arsenal dan Watford, salah seorang penyokong Arsenal telah melancarkan troll ke atas AS Roma.

Pengguna twitter dengan nama Smokey yang mencelah ketika AS Roma meraikan gol debut Mkhitaryan.

Smokey berkata: “Kami sekarang sedang mendahului 2-0 tanpa beliau [Mkhitaryan]. Sila terus simpan beliau.”

Smokey merujuk kepada, tidak mahu melihat Mkhitaryan pulang ke Arsenal lagi, kerana pasukannya kini lebih baik.

Smokey berterusan melakukan troll ke atas AS Roma dan Mkhitaryan:

https://twitter.com/ItzArsenal420/status/1173272216487768065

Namun akhirnya Smokey pasrah kerana Watford melakukan kebangkitan dan hampir sahaja menyebabkan Arsenal kalah.

Twitter AS Roma membalas balik troll Smokey. “Bukan hari ini Smokey, bukan hari ini.” Menggunakan balik ayat yang digunakan peminat Arsenal itu.

 

Smokey hanya mampu menerima balasan balik troll itu.

https://twitter.com/ItzArsenal420/status/1173330599974776835

Watford turut melakukan troll ke atas pemain Arsenal iaitu Guendouzi. Pemain itu awalnya telah memperlekehkan peminat Watford dalam kedudukan 2-1.

Yang akhirnya dibalas oleh Twitter Watford dengan ini:

Begitulah bahana media sosial dan bola sepak moden hari ini. Apa yang pasti, troll itu haruslah tidak keterlaluan. Apabila anda melakukan troll ke atas orang lain, pastikan anda terbuka menerima kembali troll itu.

Cuma pastikan anda tidak menggunakan bahasa yang ofensif dan sensitif dalam troll anda. Troll yang santai boleh dijadikan hiburan bersama rakan-rakan anda.

Twitter AS Roma versi Inggeris memang dikenali dengan pendekatannya yang lebih santai. Dan anda perlu fikir panjang mahu troll mereka. Kerana admin AS Roma Bahasa Inggeris ini boleh tahan kemahiran troll beliau.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN