Liverpool menang bergaya 3-1 mengatasi Newcastle United dalam aksi yang dilangsungkan pada sebelah tengah hari di England.
Newcastle terlebih dahulu mengejutkan pasukan tuan rumah. Jetro Willem melakukan cut inside dan melepaskan rembatan deras menewaskan Adrian.
Tersentak dengan gol itu, Liverpool terus mencari gol penyamaan. Namun awalnya Liverpool bergelut dengan tempo yang kurang pantas untuk melepasi struktur pertahanan Newcastle.
Pada minit ke-28, Sadio Mane menerima hantaran Andrew Robertson dan melakukan lencongan ke ‘far post’.
Liverpool memasukkan Roberto Firmino dan menggantikan Divock Origi yang cedera.
Pemain Brazil itu terus mencipta peluang gol kepada Sadio Mane. Hantaran Firmino gagal dimatikan oleh Dubravka. Sadio Mane memanipulasi kesilapan penjaga gol untuk menambah satu lagi gol, sebelum wisel rehat separuh masa pertama.
Liverpool menguasai 80% perlawanan dalam separuh masa pertama.
Pada separuh masa kedua Liverpool terus dominan dan mencipta beberapa lagi peluang.
Tiba minit ke-72, satu permainan kombinasi menarik di antara pemain Liverpool. Firmino melakukan ‘back heel’ dengan 2 sentuhan, untuk mencipta gol kepada Mo Salah.
Salah menyempurnakan peluang gol untuk gol ke-3.
Pada minit ke-87, Sadio Mane hampir menjaringkan hatrik namun dibatalkan kerana ofsaid.
Tamat perlawanan. Liverpool 3 Newcastle 1.
Kemenangan ini meneruskan rentak sempurna Liverpool musim ini dengan dengan 5 kemenangan daripada 5 perlawanan.