The Times melaporkan Wilfried Zaha memecat ejen beliau, Will Salthouse.
Salthouse merupakan salah seorang daripada ejen di syarikat agensi bola sepak USM. Perkara itu turut diumumkan oleh pihak Will Salthouse yang menyatakan beliau tidak lagi menjadi wakil kepada Zaha adalam apa jua urusan.
Zaha memecat Salthouse selepas kecewa ejen tersebut gagal membantu beliau merealisasikan perpindahannya ke Arsenal.
Wilfried Zaha menganggap ia adalah perpindahan impian, kerana beliau adalah peminat Arsenal ketika di bangku sekolah.
Situasi Wilfried Zaha sememangnya agak rumit. Ini kerana tanda harga yang diletakkan oleh Crystal Palace yang mahukan £100 juta untuk pemain itu.
Arsenal pula menawarkan harga terlalu jauh lebih rendah iaitu sekitar £40 juta. Palace yang marah dengan bidaan itu telah menuduh Arsenal sengaja mahu membuatkan Wilfried Zaha hilang fokus dan mendesak perpindahan.
Palace menyatakan mereka terpaksa meletakkan harga yang tinggi kerana Manchester United masih ada hak 25% daripada harga jualan Zaha.
Selepas beberapa siri perbincangan dan bidaan baharu dilakukan Palace akhirnya memberikan tawaran terakhir sekitar £80 juta untuk Arsenal.
Wilfried Zaha juga dilaporkan bertemu dengan pengurusan Palace ketika itu, mahu perpindahan itu direalisasikan.
Zaha yang sebelum itu memberitahu kelab, agar mereka menjualnya hanya ke pasukan yang ada UCL. Namun untuk Arsenal, Wilfried Zaha menerima, jika tiada UCL, kerana beliau adalah peminat Arsenal.
Perpindahan itu akhirnya gagal dimeterai, dan Arsenal kemudiannya mendapatkan Nicolas Pepe dengan harga sekitar £72 juta.
Zaha dilaporkan sangat kecewa kerana gagal berpindah ke Arsenal. Beliau kecewa dengan ejennya yang gagal membantunya keluar ke Arsenal.
Zaha dumps agent over failed movehttps://t.co/78Jd80VGzJ
— Matt Lawton (@Lawton_Times) September 11, 2019
Lebih mengecewakan, Aaron Wan-Bissaka berjaya mendapatkan perpindahan impian beliau ke Manchester United.
Musim ini Wilfried Zaha kembali komited kepada Crystal Palace. Buat masa ini, beliau masih menunjukkan profesionalisme beliau, menerima kegagalan perpindahan itu.
Zaha beraksi dengan penuh komitmen dalam beberapa perlawanan awal musim ini, di sebalik kekecewaannya yang gagal menyarung jersi The Gunners.