Sanchez Pasang Impian Terus Kekal Bersama Inter Milan

Alexis Sanchez baharu sahaja melengkapkan perpindahan ke Inter Milan secara pinjaman pada penghujung Ogos lalu, namun pemain itu sudah mengintai peluang untuk menyertai kelab Itali itu secara tetap pada penghujung musim ini.

Pemain berusia 30 tahun itu menyertai Inter secara pinjaman selama tahun dari Manchester United, selepas tempoh 18 bulan serba tidak menjadi bersama kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Sepanjang tempoh tersebut, Sanchez hanya mampu menjaringkan lima gol dari 45 penampilan dalam semua pertandingan. Malah kini Sanchez sering kali dibandingkan dengan impak yang dibawa oleh pemain muda, Daniel James.

Sanchez belum lagi diberikan peluang beraksi bersama Inter, dan sekadar berada di bangku simpanan ketika kelab baharunya itu merekodkan kemenangan ke atas Cagliari sebelum tempoh rehat antarabangsa.

Walaupun demikian, ia tidak menghalang untuk Sanchez memasang impian untuk terus kekal di Itali – dan untuk tidak kembali ke Old Trafford selepas tamat tempoh pinjaman.

United dikatakan tiada masalah untuk melepaskan Sanchez pada jendela perpindahan yang lalu, namun menghadapi kesukaran untuk mencari sebuah kelab yang sanggup membayar gaji berjumlah £400,000 seminggu.

Walaupun bersetuju meminjamkan Sanchez ke Inter, Ole Gunnar Solskjaer sebelum ini pernah berkata beliau yakin pemain itu akan kembali ke Old Trafford selepas ini.

“Kami hanya berharap beliau [Sanchez] mendapat minit perlawanan yang sewajarnya untuk setahun berikutnya, dan mampu menemui kembali prestasi lamanya,” ujar pengendali dari Norway itu.

Sama ada pemain-pemain lain di United bersetuju dengan kenyataan Solskjaer, masih menjadi tanda tanya selepas pemergian Sanchez ke Inter turut dikaitkan dengan rasa tidak puas hati beberapa pemain utama mengenai apa yang pemain tersebut perolehi tanpa sumbangan yang memberikan impak kepada pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN