Italy meneruskan rekod 100% kemenangan di pusingan kelayakan Euro 2020, selepas seakan penalti oleh Jorginho memastikan kemenangan 2-1 ke atas Finland untuk anak buah Roberto Mancini di Stadium Tammela awal pagi tadi.
Pasukan tuan rumah, Finland seperti boleh melakukan kejutan untuk memperolehi sesuatu dari perlawanan ini setelah Teemu Pukki menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti pada minit ke-72 perlawanan.
Itali sebelum itu mendahului perlawanan melalui tandukan Ciro Immobile pada minit ke-59 perlawanan.
A hard-fought win away in #Tampere thanks to #Immobile and #Jorginho goals means qualification from the @UEFAEURO finals is now just a step away! #VivoAzzurro #FINITA ???? pic.twitter.com/nslvmvBBbJ
— Italy (@azzurri) September 8, 2019
Namun Jorginho melegakan Mancini apabila tenang menyempurnakan sepakan penalti ketika perlawanan berbaki lagi 11 minit.
Kemenangan ini bermakna Itali menang semua enam perlawanan kelayakan di Kumpulan J setakat ini, sekaligus memberikan kelebihan enam mata ke atas Finland yang berada di tangga kedua kumpulan.
Finland bermula dengan agresif dalam perlawanan ini dan hampir berada di hadapan seawal minit ke-4 melalui Joona Toivio yang menerima bola hasil sepakan sudut.
Itali tidak berdiam diri dan memaksa penjaga gol, Lukas Hradecky menyelamatkan voli cantik dari Stefani Sensi dalam tempoh 30 minit pertama perlawanan.
Tandukan Immobile dari hantaran Federico Chiea juga gagal dimanfaatkan , sebelum Hradecky menghadang percubaan Chiesa dari sudut sukar.
#EuropeanQualifiers ?#Italy keep on rolling! The sixth win in a row comes against Finland, #EURO2020 now within touching distance
➡️ The match report: https://t.co/yQuB07coWu
The chance to secure qualification against Greece in October#VivoAzzurro #FinlandItaly???? #FINITA pic.twitter.com/goQgAFcBXC
— Italy (@azzurri) September 8, 2019
Babak kedua perlawanan menyaksikan Itali terus memberikan tekanan kepada pasukan tuan rumah, tetapi terpaksa menunggu sehingga minit ke-59 untuk memecah kebuntuan.
Chiesa sekali lagi cemerlang dengan gerakan dari sayap kanan untuk melakukan hantaran kepada Immobile. Penyerang Lazio itu kali ini tidak mensia-siakan peluang untuk menanduk kencang hantaran tersebut untuk memberikan Itali pendahuluan.
Namun Pukki menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti selepas penyerang sensasi Norwich City, dijatuhkan oleh Sensi.
Itali bagaimanapun memberi respon yang baik melalui penalti Jorginho selepas Sauli Vaisanen dipersalahkan kerana menghalang percubaan Nicola Barella menggunakan tangan.