Bekas jurulatih Manchester United, Rene Meulensteen memberikan saranan buat penyerang muda, Marcus Rashford supaya menjadikan Cristiano Ronaldo sebagai ikutan buatnya untuk meningkatkan ketajaman dihadapan pintu gol lawan.
Ronaldo sememangnya merupakan hero zaman kanak-kanak buat pemain berusia 21 tahun itu ketika bintang bola sepak dunia tersebut menyarung jersi keramat The Red Devils.
”Dalam banyak cara, Cristiano [Ronaldo] seorang yang unik kerana dia mempunyai kepercayaan yang cukup besar terhadap keupayaan dirinya sendiri.”
”Tetapi saya beranggapan Marcus Rashford turut berkongsi pemikiran yang sama untuk menjadikannya sebagai pemain terbaik semampunya – dan saya rasa dia perlu menjadikan Cristiano sebagai model ikutan.”
”Saya tidak mengatakan Marcus akan menjadi Ronaldo yang seterusnya – kerana saya merasakan Cristiano tiada galang ganti. Ronaldo merupakan antara pemain terhebat sepanjang zaman yang akan dikenang bersama-sama Pele, Maradona, [Lionel] Messi, Eusebio dan [Johan] Cruyff.”
”Tetapi Marcus boleh mencipta reputasinya sendiri sebagai pemain yang hebat sekiranya dia benar-benar menginginkannya.”
”Naluri semula jadi Cristiano untuk sentiasa mencuba bagi menjaringkan gol tercantik yang boleh dilakukannya – dan itu adalah sesuatu yang saya lihat dalam diri Marcus Rashford. Ronaldo sentiasa cuba untuk mencari sudut atas dari jarak 30 meter.”
”Saya membuatnya menyedari bahawa dia mampu menjadi penjaring hebat berbanding menjaringkan gol yang hebat. Ia memberi makna menjaringkan lebih banyak gol, tidak hanya kepada jaringan yang menakjubkan.”
Kredit foto: Getty