Apa yang kita dengar setakat ini mengenai insiden kekecohan penyokong di Indonesia tempoh hari hanyalah dari laporan media.
Beberapa perkongsian turut dilaporkan melalui media sosial, dan video yang ditularkan melalui aplikasi Whats App. Tetapi bagaimana pengalaman sebenar penyokong yang berkunjung ke Jakarta tempoh hari?
Berikut adalah catatat pengalaman sebenar dari saudara Muzaimi Izambri Mustafa, salah seorang penyokong skuad Harimau Malaya yang turut serta ke perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Utama Gelora Bung Karno (SUGBK).
Catatan pengalaman saya dan sahabat awayday:
Saya bukanlah komrad Ultras Malaya (UM), tetapi sering kali bersama mereka ber-Awayday di Rajamanggala, MyDinh dan Gelora Bung Karno.
Ultras Malaya sangat berdisiplin dan tersusun program mereka. Apa yang diperlukan oleh kami yang turut serta ini hanyalah RESPEK dan ikut arahan daripada Person in-charge (PIC) mereka.
Seperti biasa, sapaan pegawai imigresen Indonesia penuh ramah dan soalan yang ditanya: “Menonton sepak bola ya bapak?”
Suasana di Bandara Terminal 2 dipenuhi oleh para penyokong UM. Masing-masin dikumpulkan di lantai bawah untuk tujuan mengagih bas oleh PIC UM saudara Shimi.
Saya bagi 5 bintang atas usaha beliau. Penyerahan tiket berjalan dgn baik. Kumpulan-kumpulan kecil yg turut sama ikut rombongan turut diurus dengan baik.
Sekadar mukadimah
Pejalanan ke GBK mengambil masa 45 minit di iringi polis. Terima kasih saya ucapkan kepada polisi Indonesia.
Sesampainya di GBK kami disambut jari tengah, itupun belum masuk ke perkarangan stadium.
Bergetar dada, terasa berat dan menekan. Marah dan terkejut. Rupanya tak habis di situ. Turun daripada bas ,kami diminta segera masuk ke dalam stadium.
Tak lama kemudian, rombongan kamu dihujani batu dan botol kaca. GILA!!!
Kami memenuhi ruang tempat duduk. Agak ramai jugak dalam 300 orang, dan suasana aman dan tenang. Masing-masing mengambil peluang bergambar di dalam stadium – antara yang paling ingin dilawati di rantau Asia Tenggara.
Provokasi bermula
Kekacauan di dalam stadium bermula sekitar jam 5 petang. Beberapa komrad Ultras Garuda (UG) masuk dan lagu-lagu ‘Malaysia anjing’ pun mula kedengaan. Kain rentang ‘NO UM’ dan ‘anti malaysia’ digantung.
Kemudian ia disusuli dengan cubaan mula segelintir dari penyokong Indonesia untuk memanjat pagar. Namun tindakan pantas polis dan TNI menamatkan gelombang awal rusuhan.
Terima kasih penyokong Indonesia,
Tatkala masyarakat kami di Malaysia sedang berpecah kerana isu politik dan boikot, anda telah berjaya menyatukan kami semula pic.twitter.com/9PzWGzVH10
— ملايو بارو (@melayu_baru) September 6, 2019
Sepanjang perlawanan, kami memang tidak aman.. Cacian dan maki jangan ditanya, SELORI SAMPAH KAMI DAPAT!!
DAN SEKARANG BERMULA LEMPARAN OBJEK DARI RUANG PENONTON TINGKAT ATAS. Berbeza dgn di Rajamanggala dan MyDinh, keadaan di sini sangat berbeza. Di sana formasi UM di tonton dan dinikmati oleh penyokong lawan.
Botol air, lighter, power bank, duit syilling dan AIR KENCING!!!! – semuanya dilemparkan kepada kami. Penyokong Garuda semakin menggila.
Satu perkara yang kami tidak puas hati ialah pihak polis atau penganjur tidak mengosongkan ruangan di bahagian atas. Dari situlah lubuk barang-barang larangan tersebut dibaling ke bawah (ke arah tempat duduk penyokong Malaysia).
Keadaan semakin parah
Apabila YB Syed Saddiq masuk ke dalam stadium, bilangan objek yang dilontar semakin banyak dan kami terpaksa menoleh ke atas dan ke bawah – antara menonton perlawanan dan mengelak objek yg dibaling.
CILAKA lah yg membaling itu!!! Secara peribadi saya ingin menyampaikan pendapat saya kepada YB Menteri. Di GBK, YB jangan lagi terlalu berani turun ke tempat duduk penyokong Malaysia.
Seorang penyokong Malaysia cedera di kepala dan belakang akibat terkena objek yang dibaling penyokong Indonesia. Tak…
Posted by SINAR on Thursday, September 5, 2019
Terlalu berisiko untuk anda dan kami. Seperti yg saya katakan tadi, keadaan di sini (SUGBK) tidak sama seperti di MyDinh atau Rajamangala. YB Menteri pasti setuju dengan pendapat ini
Ketika penyokong Indonesia daripada gerombolan UG masuk ke dalam padang, satu-satunya sasaran mereka ialah bendera Kuala Lumpur dan banner UM atau mungkin jugak saudara Lekir, iaitu Capo UM.
Alhamdulillah, perkara itu dapat dikawal dan kita hilang bendera KL. Tak perlulah saya ceritakan apa yg terjadi. Bendera tersebut tak layak diperlakukan sedemikian. Tak sanggup saya coretkan di sini.
Saat panik
Menghampiri wisel penamat laluan keluar penyokong malaysia mula dibuka oleh pihak keselamatan. Penyokong-penyokong wanita diarahkan keluar dulu. Ada yg telah mengalirkan air mata kerana ketakutan. Keadaan makin genting!!!
Saya sendiri dah rasa seram. Menghimpit ke bucu tempat duduk bawah supaya apa-apa terjadi boleh terus lompat keluar.
Kemudian, tibalah gol kemenangan daripada Mohamadou Sumareh dan keadaan semakin hilang kawalan.
Detik2 terakhir penyokong Malaysia meninggal tempat duduk stadium?? pic.twitter.com/J2WDZfyqnh
— محمد أمير_00 (@muhammadamir_00) September 5, 2019
Benar, meletup juga kemarahan mereka. Pasukan keselamatan Indonesia meminta kami segera lari keluar. Ini antara yang menyebabkan situasi panik.
Semua bertebaran lari dan lompat ke ruang bawah stadium dan melarikan melalui terowong stadium. Di situlah warga Malaysia meraikan kejayaan menewaskan Sang Garuda.
Nak tengok anak jantan menangis, di situlah tempatnya. Kami dikumpulkan di dalam dewan bawah. Masa berehat kaki mula rasa pedih. Rupanya ada parut dari GBK untuk kenangan.
Terima kasih Cheng Hoe
Tak lama kemudian coach Tan Cheng Hoe datang untuk melawat kami.
Beliau datang untuk menyapa dan berterima kasih kepada penyokong. Nampak jelas di riak mukanya perasaan gembira dan sedih bercampur baur melihat nasib penyokong.
Balik semula ke airport, kami diiring kereta perisai Baracudda. Mujur jalan dah ditutup dengan baik oleh pihak keselamatan Indonesia.
Kredit utk mereka. Sistem jalan indonesia yg memisahkan jalan bertol dgn jalan biasa banyak membantu. Sampai di airport semua nampak lega dan kini pesta menangkap gambar dengan BARACUDDA. Akhirnya apa yg di idam DAPAT!!!!! – Bergambar di hadapan Barracudda.
Pada awal pagi Jumaat, ketika perkongsian ini ditulis, masih ada penyokong-penyokong Indonesia menunggu kami di luar kawasan lapangan terbang. Pihak berkuasa Indonesia menasihatkan kami agar sentiasa berada di dalam premis lapangan terbang.
Sedikit perkongsian
Perkara lain yang saya mahu kongsikan ialah tidak semua penyokong Indonesia itu gila. Ramai lagi yang baik-baik juga. Ada juga yang menenangkan kami di kawasan VIP. Cuma mungkin ia tidak memadai
Kepada pembaca, ambillah yang positif. Jangan diulang kebodohan ini.
Nota editor: Artikel ini adalah perkongsian Saudara Muzaimi Izambri Mustafa berdasarkan pengalaman sebenar, disunting dan diterbitkan di Semuanya BOLA dengan kebenaran.