Ayah Wan Kuzain Perjelas Situasi Sebenar Anaknya Bersama Skuad Harimau Malaya

Semalam laporan dari beberapa akhbar mengatakan Pemain muda berdarah Malaysia yang kini beraksi di MLS, Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Kamal sudah menyatakan pendirian beliau untuk mewakili Malaysia.

Malah perkara itu dikatakan telah disahkan sendiri oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin.

Hamidin menjelaskan, Wan Kuzain sudah menghubungi Datuk Ong Kim Swee tentang perkara itu untuk menyatakan kesediaan beliau untuk dipanggil ke dalam skuad B-22 kebangsaan.

Hamidin juga memberitahu bahawa, sebelum ini Wan Kuzain memerlukan masa untuk memilih sama ada mahu mewakili Malaysia ataupun Amerika Syarikat.

Pemain itu tidak pernah sesekali menolak kemungkinan akan berbakti kepada Harimau Malaya satu hari nanti.

Menjelaskan kekeliruan yang timbul daripada laporan tersebut, ayah kepada pemain tersebut, Wan Kamal menjelaskan situasi sebenar yang lebih tepat seperti yang dilaporkan oleh Vocket FC.

Melalui perkongsian dari Facebook beliau, Wan Kamal menjelaskan buat masa ini, Wan Kuzain hanya beraksi untuk skuad B-23 di Sukan SEA, dan belum lagi memutuskan untuk menyertai skuad senior Harimau Malaya pada masa hadapan.

“Pembetulan hala tuju Kuzain untuk terus bermain dengan professional kelab dia dekat US dan USA dalam World Cup, itu yg pasti. Dia cuma berminat untuk bermain dengan Malaysia U23 dalam Sea Games lagi pun MLS is off season during the SEA game,” jelas Wan Kamal melalui perkongsian tersebut.

Komen dari Wan Kamal dipercayai selepas timbulnya kekeliruan di kalangan penyokong bola sepak di dalam negara yang menjangkakan Wan Kuzain telah memilih untuk menyertai pasukan senior Harimau Malaya pada masa hadapan.

Menurut syarat FIFA, seseorang pemain boleh beraksi mewakili negara lain di peringkat senior antarabangsa, walaupun pernah tampil untuk negara lain dalam pertandingan peringkat umur.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN