Angkara Doan Van Hau, Akaun Facebook SC Heerenveen Terima Hampir 200,000 Pengikut Baharu

Langkah SC Heerenveen membawa masuk pemain pertahanan kelahiran Vietnam, Doan Van Hau secara pinjaman bukan sahaja dapat menambah kekuatan pasukan, sekaligus ia turut meningkatkan populariti kelab tersebut.

Hal ini dibuktikan apabila akaun Facebook (FB) rasmi kelab Eredivisie itu ketika ini memiliki kira-kira lebih 200,000 pengikut baharu sebaik sahaja SC Heerenveen mengumumkan kehadiran Van Hau.

Mudah untuk kita menjangkakan ‘angkara siapa’ yang menyebabkan peningkatan mendadak ini berlaku. Sekiranya anda meninjau ke akaun rasmi SC Heerenven pada ketika ini, kelihatan kebanjiran warga Vietnam menyatakan sokongan mereka buat pemain berusia 20 tahun tersebut.

Warga Vietnam nyata amat teruja dengan penghijrahan ini dan memenuhi ruangan komen pada setiap ‘posting’ yang dimuat naik walaupun tidak berkaitan dengan Van Hau.

Bukan itu sahaja, majlis memperkenalkan Doan Van Hau yang ditayangkan siaran langsung di FB kelab itu juga turut disaksikan oleh sejuta penonton dengan 14,000 komen dikuasai sebahagian besar peminat daripada Vietnam.

Tinjauan Semuanya BOLi Facebook rasmi SC Heerenven pada jam 5.39 petang tadi.

Menurut sumber Fox Sports Asia, jumlah pengikut SC Heerenveen pada 31 Ogos lalu adalah dalam lingkungan 70,000 orang dan bilangan tersebut semakin menunjukkan kenaikan sebaik sahaja berita mengenai perpindahan Van Hau diketahui umum.

Sungguh hebat penangan rakyat Vietnam dalam meraikan perpindahan pemain kesayangan mereka ke pentas bola sepak Eropah. Malaysia bila lagi?

Kredit foto: SC Heerenveen

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN