JDT Cipta Sejarah Rasmi Dan Miliki Ibu Pejabat Sendiri

DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja pada hari ini telah merasmikan Ibu Pejabat Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang baharu.

Bangunan pejabat tersebut terletak bersebelahan Stadium Sultan Ibrahim yang turut sedang rancak didalam pembinaan di atas tanah seluas 2200 meter persegi yang terletak di Iskandar Puteri.

Turut hadir menyaksikan acara bersejarah buat juara enam kali berturut-turut Liga Super itu ialah Menteri Besar Johor YAB Dato’ Dr Sahruddin Jamal, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Dato’ Haji Azmi Rohani, Presiden PBNJ, Dato’ Haji Ismail Karim, dan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin.

Foto: JST

Menurut kemaskini melalui laman JOHOR Southern Tigers, Ibu Pejabat empat tingkat itu akan menempatka pejabat pengurusan tertinggi JDT, Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) dan juga kakitangan Southern Tigers Sdn Bhd.

Aras bawah merupakan lobi untuk pelawat, yang turut memiliki skrin mega LED – yang akan menyiarkan detik-detik istimewa JDT kepada setiap tetamu, atau pengujung premis.

Aras tersebut turut akan memiliki bilik seminar, manakala pelbagai jabatan akan ditempatkan di tingkat satu dan dua.

Foto: JST

Aras paling atas pula akan menempatkan pejabat DYAM Tunku Mahkota Ismail – selaku pemilik kelab.

Kesemua pejabat di Ibu Pejabat JDT ini mempunyai pemandangan yang menarik iaitu menghadap Stadium Sultan Ibrahim yang bakal siap tidak lama lagi.

Daripada kami warga kerja Semuanya BOLA kepada semua pihak di JDT, tahniah kami ucapkan atas perasmian ibu pejabat yang baharu ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN