Alexis Sanchez berkata beliau tidak pernah menyesal menyertai Manchester United, namun berpendapat dirinya tidak memperolehi minit perlawanan yang mencukupi untuk membuktikan keupayaan diri.
Pemain berusia 30 tahun itu baru sahaja melengkapkan perpindahan secara pinjaman selama semusim bersama Inter Milan selepas 19 bulan di Old Trafford.
Sanchez adalah pemain yang menerima bayaran paling tinggi – £400,000 seminggu – tetapi hanya menjaringkan lima gol dari 45 perlawanan sejak menyertau United dari Arsenal pada Januari 2018.
❔ | NUMERO DI MAGLIA@Alexis_Sanchez
⚫️??? pic.twitter.com/E6qw2Hg2Zv— Inter (@Inter) September 3, 2019
“Saya sangat gembira untuk menyertai Manchester United,” ujar Sanchez dalam temuramah bersama BBC Sport.
“Saya sentiasa bekata demikian. Ia [Manchester United] yang paling banyak memenangi kejuaraan di England.
“Ia adalah satu perkara yang hebat ketika saya menyertai Arsenal – saya gembira di sana – tetapi pada ketika itu United juga semakin menyerlah apabila membawa masuk ramai pemain untuk memenangi sesuatu.
“Saya juga mahu menyertai United dan memenagi semua [pertandingan]. Saya tidak pernah menyesal pergi ke sana [Old Trafford].”
“Sometimes I’d play 60 minutes, then I wouldn’t play the next game and I didn’t know why.”
Alexis Sanchez’s spoken about his time at Manchester United. pic.twitter.com/GYv4P4v2p2
— BBC Sport (@BBCSport) September 3, 2019
Sanchez menjaringkan 80 gol dalam 166 perlawanan untuk Arsenal setelah menyertai kelab London itu dari dengan nilai £30 juta dari Barcelona pada Julai 2014.
Beliau juga merupakan calon Anugerah Pemain Tahunan Persatuan Pemain Profesional pada 2017.
Namun kelibat beliau dengan jersi United sering kali dibayangi oleh prestasi serba tida menentu.
Walaupun menyerlah bersama Chile di Copa America 2019 pada musim panas yang lalu, Sanchez hanya menjaringkan dua gol dari 27 penampilan Liga Perdana Inggeris [EPL] bersama United pada musim lalu.
Sanchez disenaraikan sebanyak 31 kali dalam kesebelasan utama, dari 77 kemungkinan beliau diturunkan untuk United, dan hanya menamatkan 90 minit permainan dalam 13 perlawanan sahaja.
“Saya gembira apabila beraksi bersama pasukan kebangsaan,” ujar beliau.
“Saya juga gembira di Manchester United, tetapi saya selalu berkata kepada rakan-rakan: Saya mahu beraksi.
“Jika mereka mahukan saya beraksi, saya akan bermain sebaik mungkin. Adakala saya diberikan aksi selama 60 minit, dan tidak beraksi pada perlawanan berikutnya – dan saya tidak faham mengapa.”
Alexis Sanchez’s Manchester United career may not be over after all ? pic.twitter.com/rq7UGinYGl
— ESPN UK (@ESPNUK) August 30, 2019
Sanchez juga mendedahkan beliau bersedia untuk menyertai pra musim dan terus beraksi selepas Copa America, namun tidak diberikan peluang berbuat demikian.
“Saya merasakan saya beraksi baik di Copa America.
“Selepas itu [tidak beraksi di perlawanan pra musim] adalah bergantung kepada jurulatih [Ole Gunnar Solskjaer] untuk memberikan saya perlawanan. Anda harus bertanyakan soalan tersebut kepada beliau, bukan saya.”