Adakah anda masih dikira ‘diving’, walaupun sudah melakukan hantaran kepada rakan, dan kemudian anda terjatuh?
Kevin Friend akan jawab, ya!
Gol penyamaan masa kecederaan 90+6 Aston Villa dinafikan kerana kes ini. Sekaligus menyaksikan Villa tewas 0-1 di tangan Crystal Palace.
Kevin Friend menarik balik gol Henri Lansbury, kerana Jack Grealish didakwa ‘dive’ ketika melakukan hantaran yang membawa kepada ‘assist’ gol tersebut.
Dalam aksi di Selhurst Park, Aston Villa ketiggalan 1 gol pada minit ke-73, hasil jaringan Jordan Ayew.
Ketika masuk ke masa kecederaan. Jack Grealish dijatuhkan dan cuba mengekalkan keseimbangan badannya bagi membolehkan beliau menghantar bola kepada Lansburry. Selepas menghantar bola itu, Grealish terjatuh.
Mungkin gayanya yang agak dramatik membuatkan pengadil merasakan Grealish diving dan membatalkan gol.
Perlawanan tamat 1-0 memihak Palace. Kemenangan kedua berturut-turut dicipta oleh pasukan bimbingan Roy Hodgson.
Selepas wisel penamat, Grealish bengang dan meluru ke arah pengadil. Beliau ditenangkan oleh rakan-rakannya.
Jack Grealish can't believe Kevin Friend's decision to book him for diving, striking off Villa's late equaliser in the process 🤷♂️ pic.twitter.com/GSypt3xf9i
— Football Daily (@footballdaily) August 31, 2019
Pundit BeIn Sports, Andy Gray menyifatkan Kevin Friend membuat keputusan yang silap.
Beliau berpendapat, Grealish perlu menjatuhkan badannya selepas melakukan hantaran itu bagi mengurangkan impak selepas hilang keseimbangan. Perkara itu biasa dilakukan oleh pemain. Cuma masalahnya, Kevin Friend menganggap Grealish cuba memenangi sepakan percuma.
Gray berkata: “Ini adalah pengadilan yang sangat teruk. Saya rasa beliau [Kevin Friend] silap dalam membuat keputusan ke atas Grealish, menganggap pemain itu simulasi. Grealish tidak!”
“Ia nampak teruk kerana Grealish cuba mengekalkan keseimbangan badannya, dan menghantar bola. Beliau melayangkan badannya, dan bangkit untuk meraikan gol.”