Rooney Mengamuk Laporan Mengarut The Sun

Wayne Rooney menyifatkan laporan terbaru oleh tabloid The Sun terhadap dirinya sebagai keterlaluan. Malah bekas penyerang Manchester United dan England itu menyifatkan tuduhan oleh tabloid tersebut sengaja disensasikan, bertujuan untuk semata-mata untuk menjual akhbar tersebut.

Rooney yang jelas berang dengan laporan The Sun itu menafikan dakwaan beliau membawa seorang gadis ke bilik di sebuah hotel di Vancouver.

Dakwaan itu berlaku selepas seorang jurugambar bebas menyerah dengan niat menjual gambar beliau dengan gadis tersebut di dalam lif hotel kepada The Sun.

“The Sun pada minggi ini membuat ceritta di muka hadapan yang menunjukkan seolah-olah saya membawa seorang gadis ke bilik hotel penginapan pasukan.

“Mereka tahu itu tidak benar dan saya tidak berbuat demikian. Mereka hanya menggunakan saya dan nama keluarga saya untuk melakukan jualan surat khabar,” ujar Rooney dalam satu kenyataan yang dikongsi melalui akaun Twitter beliau.

Rooney juga menjelaskan tidak ada apa yang berlaku antara beliau dan gadis tersebut, dan bukan mereka tidak berdua di dalam lif seperti yang cuba digambarkan tabloid berkenaan.

Menjelaskan lebih lanjur, Rooney berkata gadis itu hanyalah salah seorang peminat yang mahukan autograf dan bergambar bersama.

Rooney turut menyatakan kekesalan kerana laporan tidak bertanggungjawab seperti itu hanya memberi kesan negatif kepada nama baik diri dan keluarganya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN