Chelsea mempunyai sejarah penyertaan tersendiri di pertandingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL). Muncul juara Liga Inggeris pada 1955, kelab London ini layak bertanding pada kejohanan musim seterusnya.
Namun Chelsea terpaksa menolak selepas penyertaan mereka dihalang oleh The Football Association (FA). Penolakan tersebut menyebabkan Chelsea bukan kelab Inggeris pertama yang bertanding di eropah.
Sebaliknya, Manchester United menjadi kelab pertama dari England beraksi di pentas tersebut pada 1956.
Chelsea hanya kembali beraksi di pentas eropah 44 tahun selepas itu pada musim 1999/2000. Pada musim tersebut, Chelsea mara sehingga ke suku akhir sebelum disekat Barcelona.
Walaupun menang 3-1 di perlawanan pertama di Stamford Bridge hasil jaringan Giafranco Zola dan dua gol Tore Andre Flo, Chelsea dibelasah 5-1 dalam perlawanan timbal balik di Nou Camp.
Musim 2011/12 adalah musim sejarah untuk Chelsea di pertandingan Eropah apabila berjaya menewaskan pasukan seperti mara ke perlawanan akhir Napoli, Benfica dan Barcelona, sebelum menewaskan Bayern Munich di perlawanan akhir yang diadakan di Allianz Arena, Munich melalui penentuan sepakan penalti.
Sudah tentu ia kejayaan manis buat Chelsea kerana menewaskan lawan di arena mereka sendiri.
Musim lalu, Chelsea tidak layak ke pertandingan UCL. Namun setelah muncul juara Liga Europa (UEL), dan menduduki tangga ke-3 saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), musim ini Chelsea bersedia menggegarkan Eropah sekali lagi.
Saksikan koleksi-koleksi antara jaringan-jaringan terhebat yang Chelsea pernah hasilkan di pertandingan ini.