Karim Benzema meletakkan pasukannya di hadapan pada minit ke-82. Namun ia masih belum cukup untuk membantu Real Madrid mencatatkan kemenangan ke atas Real Valladolid.
Sebaliknya skuad bimbingan Zinedine Zidane diikat pada minit ke-88 menerusi gol oleh Sergi Guardiola.
Real Madrid merupakan pasukan yang berbelanja €300 juta dalam perpindahan musim panas kali ini. Diikat oleh Valladolid yang berbelanja kurang €1 juta. Rekod pembelian tertinggi Valladolid hanya €3 juta dan ianya dicatatkan pada 1998.
Real Madrid memulakan perlawanan pertama mereka di Bernabeu musim ini tanpa pemain-pemain baharu.
Gareth Gareth Bale, James Rodriguez dan Isco kesemuanya diberikan tempat dalam kesebelasan utama meskipun dikaitkan dengan perpindahan keluar.
Bale hampir meletakkan Real Madrid di hadapan dengan beberapa percubaan termasuk 1 daripadanya terkena palang.
James juga 2 kali hampir meletakkan Real di hadapan. Real Madrid berkali-kali cuba mengancam Valladolid dengan lebih lagi.
Jovic kemudiannya diberikan debut, dan tandukan beliau terkena palang.
Sehinggalah minit ke-88, pemain veteran Karim Benzema meletakkan Real Madrid di hadapan. Menjadikan beliau pemain Perancis pertama menjaringkan 150 gol di Liga Sepanyol.
Karim Benzema – the first Frenchman to reach 150 goals in Liga history 👏👏#UCL pic.twitter.com/WAEqZHMFwG
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) August 24, 2019
Ia satu teknik putaran (turning) yang sangat baik daripada Benzema.
Walaubagaimanapun, Real Madrid kempunan kemenangan apabila Sergi Guardiola mengeksploitasi ruang di belakang Varane dan merembat bola rendah melepasi celah kaki Courtois.
https://twitter.com/i/status/1165336902834298883