La Liga 2018/19: Gol Voli Minit Akhir Aritz Aduriz Bantu Bilbao Kejutkan Barcelona

Saingan La Liga musim 2019/20 akhirnya bermula pada awal pagi tadi, dan ia dimulakan dengan kejutan.

Juara bertahan, Barcelona berkunjung ke Stadium San Mames untuk berhadapan dengan Atletico Bilbao, dan ia berakhir dengan kekalahan mengejutkan buat kelab yang dilabel sebagai gergasi dari Catalan itu.

Semuanya serba tidak menjadi buat Barcelona dalam perlawanan ini. Tanpa Lionel Messi yang terpaksa disisihkan akibat kecederaan betis, skuad kendalian Ernesto Valverde turut kehilangan Luis Suarez akibat kecederaan pada minit ke-37 perlawanan.

Barcelona juga turun tanpa khidmat Philippe Coutinho yang dikatakan bakal melengkapkan perpindahan secara pinjaman bersama Bayern Munich.

Barcelona menyaksikan sekurang-kurangnya dua percubaan terkena palang dan tiang gol – pertama percubaan oleh Suarez pada babak pertama perlawanan, dan kemudiaannya oleh Ivan Rakitic yang sekadar mengegarkan palang hasil percubaan dari jarak dekat pada babak kedua permainan.

Tatkala perlawanan berbaki dua minit untuk tamat pada tempoh masa sebenar, pengendai Bilbao, Gaizka Garitano mengeluarkan Inaki Williams untuk digantikan oleh Aritz Aduriz.

Penyerang veteran berusia 38 tahun itu tidak mensia-siakan peluang yang beliau miliki seminit selepas itu, apabila memastikan Bilbao memperolehi kemenangan yang mereka sangat impikan ke atas pasukan seperti Barcelona – menyambar hantaran lintang rakan sepasukan dengan satu sepakan gunting – untuk menghasilkan voli menewaskan M. ter. Stegen.

Kekalahan ini jelas sekali bukan debut yang diinginkan oleh pemain seperti Frenkie de Jong dan juga Antoine Griezmann yang buntu untuk menemui jaringan buat Barcelona sepanjang perlawanan.

Jaringan oleh Aduriz itu turut bermakna beliau menyamai rekod Lionel Messi untuk menjaringkan gol di setiap 15 musim La Liga.

Kekalahan ini juga merupakan kekalahan pertama Barcelona di hari pembukaan  La Liga sejak musim 2009/10.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN