Ozil vs Payet
Menjelang pertemuan separuh akhir di antara Perancis dan Jerman. Kami telah mendapat statistik opta aksi kedua dua pemain di pentas Eropah setakat ini.
Kedua dua pemain telah bermain dalam 5 penampilan dalam Piala Eropah 2016 setakat ini. Ini adalah perbandingan ringkas kedua dua pemain.
Kreativiti
Dmitri Payet menguasai 2 aspek utama iaitu, jumlah peluang dicipta dan juga assist. Sebagai perbandingan Payet mencipta 21 peluang gol dan Ozil cuma 17. Payet mencatat 12.3% lebih daripada Ozil.
Dari segi Assist, Mesut Ozil mencata 1 assist daripada 491 minit. Manakala Payet sudah melakukan 2 assist daripada 377 minit atau 188 minit untuk setiap 1 assist setakat ini. Ia agak ultra creative !
Jadi, buat masa ini, Dmitri Payet memenangi aspek ini berbanding Ozil.
Distribution
Seterusnya adalah dari segi jumlah hantaran tepat. Mesut Ozil terlalu bagus untuk Payet dengan 292 hantaran tepat berbanding 193 oleh Payet.
Corak permainan Jerman yang lebih dominan dan lebih banyak minit mungkin menjadi sebab utama. Secara purata Ozil melakukan 0.59 hantaran tepat per minit. Manakala Payet pula dengan kadar 0.52.
Dari segi ketepatan hantaran, Ozil merekodkan 89% mengatasi Payet yang cuma 82%. Maknanya tiada keraguan Mesut Ozil adalah lebih baik dari segi aspek hantaran.
Sebelum Wisel
Dmitiri Payet masih mengekalkan momentum kecemerlangan beliau. Jangan lupa, beliau adalah buangan Marseille sebelum ini dan dibeli oleh West Ham dengan harga lelong £10.7 juta sahaja.
Mesut Ozil memiliki vision yang sangat tajam untuk mencipta peluang kepada penyerang. Jerman berpotensi bermain false 9 pada kali ini, jadi kreativiti Ozil amat diperlukan.
Pada awal pagi esok adalah pertarungan 2 pasukan yang sedang dalam prestasi terbaik. Dan tidak lupa juga kepentingan 2 pemain ini di dalam pasukan masing masing.
[adrotate banner=”9″]
Baca juga:Analisis Taktikal Piala Eropah 2016: Perancis v Republik Ireland (2-1)