Liverpool muncul sebagai pemenang UEFA Super Cup selepas menewaskan Chelsea melalui penentuan sepakan penalti untuk satu lagi trofi – sekaligus menjadikan kelab Merseyside itu sebagai kelab paling berjaya di England.
Menurut artikel dari Fox Sports, The Reds akhirnya memintas Manchester United untuk menjadi kelab bola sepak paling berjaya di negara tersebut, setelah mengumpul 46 trofi kejuaraan keseluruhan berbanding 45 yang dimiliki Manchester United.
INCREDIBLE ?
Watch the moment we lifted the #SuperCup trophy in Istanbul ?
— Liverpool FC (@LFC) August 14, 2019
Sebelum ini bekas pengurus United, Sir Alex Ferguson pernah berikrar untuk memecah dominasi Liverpool dengan ungkapan “to knock Liverpool off their f***** perch”, dan beliau berjaya melakukannya dengan cemerlang sepanjang tempoh bersama United.
Malah skuad Red Devils memenangi rekod 20 kejuaraan liga, berbanding Liverpool 18, namun masih jauh untuk mengugat dominasi Liverpool sebagai kelab Inggeris paling berjaya di Eropah. Liverpool menjuarai kejuaraan UEFA Champions League buat kali ke-6 pada musim lalu.
GET IN!!
BRILLIANT, @AdriSanMiguel ? pic.twitter.com/pr0AUv5Dvm
— Liverpool FC (@LFC) August 14, 2019
Dalam perlawanan UEFA Super Cup pada malam tadi, penjaga gol, Adrian muncul wira Liverpool setelah beliau menyelamatkan sepakan penalti Tammy Abraham.
Chelsea tampak garang di awal permainan apabila Olivier Giroud memberikan pendahulan buat skuad kendalian Frank Lampard. Tetapi Liverpool bangkit dan memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan sebelum penentuan sepakan penalti terpaksa digunakan untuk menentukan pemenang.
Tidak dapat dipastikan bagaimana kiraan 46-45 ini dilakukan. Jumlah kejuaraan sepatutnya hanya mengambil kira pertandingan kompetitif, dan bukan pertandingan membabitkan satu perlawanan.
Sekiranya Super Cup atau pertandingan Perisai Komuniti diambil kira, maka Liverpool masih di belakang dengan Manchester United masih di hadapan dengan 66 trofi keseluruhan, berbanding Liverpool 62.