Seorang lelaki telah ditahan oleh pihak polis berkaitan satu muat naik di Twitter yang didakwa berbaur perkauman ditujukan kepada penyerang Liverpool, Mohamed Salah.
Lelaki berusia 32 tahun dari Waterloo, Merseyside itu disoal siasat atas dakwaan secara terang-terangan bertindak bersikap perkauman di ‘tempat awam’, dan cuba menghalang pegawai penguatkuasa dari melakukan tugas.
Lelaki tersebut dipercayai seorang penyokong Everton ditahan pada 9:30am pada Khamis selepas siasatan dilakukan terhadap muat naik di Twitter.
A racist tweet aimed at Liverpool’s Mo Salah is being investigated by police.
Everton are investigating whether the message was sent by a Twitter user who has connections to the club.
Full story: https://t.co/5TO2VBmOyP pic.twitter.com/WHdzfKGdoi
— BBC Sport (@BBCSport) August 8, 2019
Mesej yang ditulis itu dikriktik oleh Everton, yang berkata mereka ‘mengutuk sekeras-kerasnya sebarang perbuatan yang menjurus kepada perkauman.
“Kami telah memberikan maklumat kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan lanjutan berkenaan pengguna twitter tersebut sama ada tertuduh mempunyai kaitan secara langsung dengan kelab,” ujar kenyataan daripada Everton FC.
#EFC on racist tweet by ‘fan’ towards Mo Salah: “Everton condemns in the strongest terms any kind of racism. We have shared the material with the appropriate authorities and are looking into the matter further to understand if the twitter user in question is known to the Club” pic.twitter.com/5RUjMW5q0A
— Capital Wirral News (@CapitalWIRNews) August 8, 2019
Pada awal minggu, penyokong Everton baharu sahaja meraih £3,000 untuk membuat banner dalam usaha menunjukkan sokongan kepada pemain baharu Moise Kean, yang sering menjadi sasaran perkauman di Itali.