Lionel Messi Terlibat Skandal
Lionel Messi dan ayahnya Jorge Messi telah disabitkan dengan kesalahan penipuan cukai (tax evasion) meskipun mengaku tidak bersalah.
Apa Itu Tax Evasion
Tax Evasion adalah perihal penipuan dalam pembayaran cukai pendapatan. Ia adalah satu kesalahan jenayah.
Kronologi Awal
Pada tahun lalu Panama Papers telah membocorkan dokumen rahsia bersaiz 2.6 terabytes kepada akhbar Jerman, Sueddeutsche Zeitung.
Dokumen itu diambil dari Mossack Fonseca, sebuah firma perundangan di Panama.
Dokumen-dokumen tersebut menunjukkan bagaimana berberapa individu ternama menggunakan sebuah perusahaan untuk mengelakkan duit mereka daripada membayar cukai.
Dokumen tersebut telah diedarkan kepada beratus ratus wartawan oleh International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ).
Bagaimana Messi Menjadi Antara Yang Disyaki?
Akhbar kontroversi Argentina, La Nacion, merupakan salah satu akhbar yang memiliki akses ke data tersebut.
Mereka melaporkan ayah Messi, Jorge adalah pemilik berdaftar sebuah perusahaan bernama Mega Star Enterprise.
Petunjuk pertama menyatakan bahawa perusahaan tersebut ditubuhkan pada 13 Jun 2013.
Ini adalah dokumen yang disiarkan oleh Panama Papers berkaitan Mega Star Enterprise yang ditandatangani Messi dan ayahnya.
Ia hanya selepas sehari kerajaan Sepanyol mengajukan pertuduhan penipuan cukai terhadap Messi.
Namun, pada ketika itu pihak kerajaan Sepanyol tidak mengetahui hal tersebut.
Adakah Perusahaan Itu Wujud Atau Sekadar Fitnah?
Ayah Messi, Jorge Messi mengakui bahawa perusahaan tersebut memang wujud.
Namun beliau menafikan segala pertuduhan yang mengaitkan modal perusahaan tersebut adalah kerana duit cukai Messi.
Jorge menyatakan dia akan mengambil tindakan undang undang terhadap media yang menerbitkan informasi tersebut.
Keluarga Messi juga mengatakan bahawa perusahaan tersebut tidak aktif dan tidak pernah ada dana besar seperti yang dilaporkan Panama Paper.
Namun, sebaliknya pula yang dilaporkan oleh surat khabar Sepanyol, El Confidencial yang mengatakan bahwa perusahaan itu masih aktif.
Apa Yang Dilakukan Lionel dan Jorge?
Messi dan Jorge, melakukan penipuan cukai di Sepanyol dengan nilai sekitar €4.1 juta di antara 2007 hingga 2009.
Penipuan ini melibatkan cukai hasil hak penjualan imej (pengiklanan).
Pihak pendakwaraya mendakwa mereka menggunakan perlindungan cukai atau tax haven di Belize dan Uruguay.
Tax haven adalah satu badan yang melindungi cukai pendapatan.
Ia adalah satu kesalahan kerana Messi tidak membayar jumlah sebetulnya kepada jabatan cukai Sepanyol.
Messi: Saya Tidak Tahu Apa Apa
Messi menyatakan beliau tidak tahu apa apa tentang hal itu. Dia cuma fokus kepada bermain bolasepak.
Lantas beliau meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada ayah dan peguam peguam beliau dalam pengurusan kewangan dan cukai.
Messi juga mengakui dia melakukan kesilapan bodoh apabila tidak meniliti dan membaca habis dokumen yang ditandatangani.
Penjelasan Peguam Messi
Peguam beliau mengakui mereka tidak meneliti perjanjian kontrak serta penjualan imej (pengiklanan) dalam kertas kontrak dari 2007-2009.
Ia menjadi antara punca mereka tersilap dan terlepas pandang.
Syarikat syarikat yang menggunakan imej Messi antaranya adalah, Banco Sabadell, Danone, Adidas, Pepsi-Cola, Procter and Gamble, dan Kuwait Food Company.
Hukuman Ke Atas Messi Dan Ayahnya
Messi dan ayahnya telah dijatuhkan hukuman penjara 21 bulan. Ia disusuli dengan denda €2.1 juta untuk Messi dan €1.5 juta untuk Jorge.
Sebelum ini, pada 2013, Messi telah membayar €5 juta tunggakan cukai termasuk faedah.
Namun mereka berdua boleh melakukan rayuan di Mahkamah Agung Sepanyol.
Adakah Messi Dan Ayahnya Akan Ke Tirai Besi?
Javier Mascherano sebelum ini turut menerima hukuman penjara setahun kerana kes cukai tahun lepas.
Namun beliau tidak pernah menjalani hukuman penjara.
Kenapa?
Ini kerana beliau tidak ada rekod jenayah lampau dan ia bukan kesalahan ganas. Ia juga adalah kesalahan pertama dengan hukuman di bawah 2 tahun.
Statistik menunjukkan 95% daripada kes kesalahan pertama di Sepanyol, untuk hukuman kurang daripada dua tahun, pesalah tidak akan dipenjara
Ini bermaksud Messi dan akan menjalani perintah probation atau dalam perhatian untuk berkelakukan baik dalam tempohb yang ditetapkan.
Namun jika Messi dan ayahnya melakukan sebarang jenayah selepas ini mereka akan ke penjara.
Apa Impak Kepada Karier ?
Ia tidak akan memberikan impak kepada karier Messi untuk terus bekerja di Sepanyol bersama Barcelona.
Lebih lebih lagi gergasi Catalan itu sudah mengeluarkan kenyataan sokongan ke atas beliau.
Namun beliau mungkin akan berdepan dengan kehilangan berberapa penaja dan gagal menarik penaja baru.
Ini kerana berberapa syarikat mungkin enggan imej mereka dikaitkan dengan pesalah cukai.
Semoga Jadi Pengajaran
Ia adalah bulan yang sukar untuk pemenang 5 Ballon D’or ini selepas mengumumkan persaraannya daripada skuad kebangsaan minggu lalu.
Beliau harus mempertimbangkan untuk menggunakan khidmat orang lain dalam pengurusan cukai beliau kerana selalu sangat isu timbul.
[adrotate banner=”9″]
Baca Juga: Lionel Messi: Koleksi Semua Skill Dalam Rancangan TV Dan Latihan