Inter Milan semakin hampir untuk mendapatkan penyerang Manchester United, Romelu Lukaku selepas melakukan bidaan terbaru.
Pada Julai lalu, United menolak bidaan bernilai £54 juta dari Inter untuk Lukaku. Laporan terbaru menyatakan pemain antarabangsa Belgium itu didenda kerana tidak menghadiri sesi latihan tanpa kebenaran kelab pada Selasa.
Penyerang berusia 26 tahun itu sebelum ini menjalani latihan bersama bekas kelab, Anderlecht selama dua hari.
Ejen kepada Lukaku, Federico Pastorello terbang ke London pada Rabu dalam usaha menyelesaikan perihal masa depan pemain itu secepat mungkin.
Pada sebelah petangnya pula, Pastorello melakukan muat naik di Instagram gambar dirinya bersama Lukaku dalam sebuah penerbangan khas sambil menulis: “Bersedia untuk berangkat. Destinasinya Milan.”
Sebelum ini bidaan dari Inter dilihat masih jauh dari nilai yang dipinta United selepas membawa masuk Lukaku dari Everton pada nilai £75 juta hanya dua tahun yang lalu.
Selain Inter, satu lagi kelab Serie A, Juventus turut dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat Lukaku.
Namun ia tidak pernah membuatkan Antonio Conte putus asa untuk mendapatkan khidmat pemain tersebut – yang pernah cuba dipancing ketika beliau di Chelsea.