Piala Malaysia 2019: Shakir Hamzah Kepingin 3 Mata Penuh Di Darul Aman

Shakir

Bercakap kepada Harian Metro, pertahanan import Helang Merah, Shakir Hamzah mahu mereka kekal konsisten dan mengambil peluang beraksi di laman sendiri dengan mengutip 3 mata penuh.

Boleh dianggap antara pertembungan menarik pada aksi minggu kedua Piala Malaysia 2019, Kedah dan Terengganu FC pastinya mahu kekal konsisten serta melakar kemenangan kedua menjelang pertemuan kedua-dua pasukan pada Khamis ini.

Kedua-dua pasukan telah merekodkan kemenangan selesa dan pertemuan pada Khamis ini dijangka akan sengit. Musim ini, Kedah dan Terengganu telah bertembung 2 kali dengan Kedah menang sekali dan satu lagi aksi terikat dengan keputusan seri.

“Ini perlawanan pertama Piala Malaysia di laman sendiri dan sudah pasti kami tidak akan melepaskan peluang terbaik dalam usaha memburu kemenangan kedua,” ujarnya mengenai misi pasukan.

“Semangat kemenangan 3-1 pada perlawanan pertama menentang Negeri Sembilan di Stadium Paroi, Sabtu lalu sudah kami perolehi.

“Matlamat seterusnya kini adalah pastikan tiga mata kedua diperolehi di Darul Aman,” tutur pemain kelahiran Singapura itu.

Kali terakhir Helang Merah tumbang di Darul Aman adalah dalam perlawanan liga musim lalu selepas tumpas 1-3 kepada PKNP FC pada Julai. Untuk saingan musim ini, Kedah kekal kebal, tanpa sebarang kekalahan di Darul Aman dalam semua pertandingan.

“Saya amat mengharapkan momentum ini berterusan dan langkah kanan yang Kedah perolehi dalam perlawanan pertama lalu mampu membakar semangat untuk perlawanan kali ini,” jelasnya.

Pada perlawanan menentang Negeri Sembilan baru-baru ini, Shakir Hamzah telah merakam satu gol menarik untuk membantu skuad kendalian Aidil Sharin Sahak meraih kemenangan pertama.

Gol hasil rembatan deras kaki kirinya itu berjaya menerjah gawang tuan rumah selepas menerima lambungan kemas penyerang, Fernando Rodriguez di dalam kotak penalti lawan. Ia membantu melonjak semangatnya untuk terus membantu pasukan.

“Jaringan kedua dihasilkan membakar semangat saya untuk terus memberi usaha yang terbaik dalam saingan Piala Malaysia ini.

“Kami berharap mendapat sokongan padu daripada semua penyokong Lang Merah di Stadium Darul Aman dalam usaha memburu kemenangan,” ujar pemain berusia 26 tahun itu lagi.

Kredit Featured Image: Kedah FA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN