Coloccini; Selamat Tinggal Buat Seketika, Terima Kasih Selamanya.

Newcastle United melepaskan pemain pertahanan mereka Fabricio Coloccini atas persetujuan bersama (mutual consent)

Ia adalah hari yang sedih buat Coloccini dan peminat Newcastle untuk kehilangan salah seorang pemain yang setia walaupun dahulu pernah diintai kelab kelab besar yang lain.

Namun beliau memilih untuk kekal bersama Newcastle.

Beliau tampil dalam 275 perlaawanan dan menjaringkan 7 gol.

Ini adalah terjemahan surat beliau.

Kepada sahabat dalam hidupku,

Anda sahabat saya, dan secara umumnya kepada semua yang pernah menjadi sebahagian daripada perjalanan ini, di kelab besar ini, anda sentiasa ada tempat yang istimewa di hati saya.

Kepada semua jurulatih, semua pengurus dan pemain yang pernah bekerjasama dengan saya, dan semua yang telah menemani kami, di setiap stadium, di tempat sendiri mahupun tempat lawan.

Kepada semua orang yang ada gambar bersama saya, dan kepada semua yang nanyikan lagu khas mereka untuk saya di stadium; yang memberikan ‘hati’ mereka untuk saya.

Anda telah ‘mengangkat’ (adopted) saya ke sini dan membuat saya berasa diterima dan begitu gembira.

Anda juga telah membuka pintu rumah dan hati anda untuk saya, apabila orang yang saya sayangi jauh dari saya.

Rakan rakan hidup saya akan terus melangkah. Namun saya boleh simpulkan bahawa mesej ini khas untuk semua yang mengalir darah hitam dan putih dalam urat mereka.

Ia adalah waktunya saya perlu memberikan penghargaan istimewa kepada keluarga angkat saya.

Pada hakikatnya, saya sentiasa berasa diterima oleh kelab dan bandar yang indah ini.

Namun, saya ingin memberikan penghargaan khusus dengan hormatnya kepada kakitangan-kakitangan yang pernah bekerja dengan saya selama bertahun tahun;

Chef, fisio, doktor, masseur, kitmen, kakitangan domestik & cleaner, kakitangan keselamatan di kaunter penyambut tetamu, kakitangan media, penganalisis video, groundsmen, pekerja dobi, setiausaha dan pentadbir-pentadbir lain.

Saya ingin menyampaikan ucapan penghargaan khas kepada mereka.

Ini kerana dari luar ia nampak mudah untuk hanya melihat perlawanan dan pemain bola sepak tanpa melihat usaha dan perasaan, emosi, penjagaan dan kasih sayang mereka ini dalam kerja mereka seharian.

Orang-orang ini telah menjadikan saya keluarga angkat mereka dan memudahkan urusan saya ketika orang yang saya sayangi jauh beribu batu di negara saya.

Saya akan selama-lamanya berterima kasih kepada mereka semua.

Setelah bertahun-tahun di sini, saya faham bahawa surat terbuka seperti ini mungkin bukan cara terbaik untuk mengucapkan selamat tinggal.

Tetapi saya lebih suka melakukan ia secara bertulis supaya orang ramai boleh memahami maksud saya lebih baik dan ia tidak disalah tafsirkan.

Saya menghabiskan kira-kira separuh daripada kerjaya saya di kelab ini dengan detik-detik yang sangat positif. Tetapi ada juga detik yang negatif.

Malangnya kita tidak mampu menjulang gelaran untuk kelab ini. Ia merupakan impian yang saya tidak dapat dipenuhi.

Dan pada tahun lalu, kelab dan pemain kita tidak mencapai tahap standard untuk bersaing, dan sebab itu kita kehilangan status Liga Perdana kita.

Hari ini saya mengambil keputusan untuk mengambil berberapa langkah ke sisi, untuk meninggalkan kelab ini, kerana beberapa sebab.

Ia tidak ada apa-apa kaitan dengan tidak mahu bermain di Liga Championship.

Seperti yang saya pernah tunjukkan dahulu, ketika kita kehilangan status Liga Perdana, saya tetap mahu kekal di kelab ini , walaupun saya bermain di Piala Dunia sebelum itu.

Salah satu sebab utama adalah;

Selepas bertahun-tahun cuba untuk menggapai gelaran untuk kelab ini dan ia masih tidak mampu untuk dilakukan.

Mungkin sudah tiba masanya untuk memberikan peluang kepada pemain baru lain yang tiba dengan pacuan yang sama, dengan dorongan dan keinginan seperti yang saya lakukan pada tahun tahun yang lalu .

Atas sebab-sebab yang logikal, tekanan mental seperti ini adalah lebih teruk daripada fizikal.

Atas sebab inilah saya mahu mengenepikan diri dari kelab ini.

Satu lagi sebab yang sangat penting adalah anak-anak saya.

Mereka tinggal di Argentina sejak beberapa tahun. Mereka berpindah ke sana ketika mereka masih kecil.

Tetapi sekarang saya rasa mereka memerlukan kehadiran bapa mereka untuk membantu dan membimbing mereka dalam mencari arah dalam hidup.

Saya juga ingin menikmati detik bersama sama keluarga dan rakan-rakan saya, kerana saya telah meninggalkan Argentina sejak dari saya berusia 17 tahun.

Satu lagi perkara yang anda pasti semua akan faham, ia adalah sebuah bandar yang hidup dan bernafas dengan bola sepak.

Saya sudah 34 tahun sekarang. Dan saya masih berasa bagus secara fizikal. Saya tidak sabar untuk kembali bermain bola sepak.

Hari ini akhirnya tiba jua, apabila saya terpaksa pulang ke rumah saya yang tercinta di San Lorenzo de Almagro.

Mereka berhak mendapat penghormatan daripada saya untuk kembali. Saya masih dahagakan kejayaan.

Fizikal saya masih hidup dan masih mampu memberikan sumbangan.

Hari ini ! Syukur, saya masih ada kedua-duanya.

Saya pasti anda akan faham tentang perkara ini kerana sebagai seorang peminat, saya juga sentiasa mahukan pemain untuk kembali pada tahap terbaik supaya mereka dapat memberikan kepuasan kepada peminat.

Ini adalah sebab mengapa saya mengambil keputusan ini.

Saya tidak mahu berada dalam situasi tekanan mental memikirkan anak saya bertahun-tahun. Ia akan membuatkan saya tidak fokus 100 peratus di sini.

Namun ia bukanlah sebab utama saya mengambil keputusan ini. Kita kuat melalui pengalaman selama 8 tahun bersama tanpa memenangi sebarang gelaran. 

Tidak dinafikan, prestasi permainan saya menuju ke pengakhiran. Saya akan cuba menceburi kerjaya yang berkaitan dengan bola sepak selepas ini.

Saya akan mempersiapkan diri untuk itu dan saya akan berusaha untuk mencapai sesuatu sebagai jurulatih.

Saya mahu capai apa yang saya tidak dapat penuhi sebagai pemain.

Mungkin satu hari nanti saya akan kembali dan menyumbang kepada kelab (Newcastle) untuk memenangi gelaran buat peminat terbaik di England.

Dengan emosi bercampur kegembiraan, saya dapat pulang ke rumah, saya juga kesedihan meninggalkan fasa yang paling penting dalam kerjaya saya.

Saya ingin mengucapkan selamat tinggal buat seketika, terima kasih buat selama lamanya di atas kasih yang engkau berikan kepada aku dan peluang untuk membangun sebagai seorang pemain bola sepak. Dan yang paling penting, adalah sebagai seorang manusia.

Fabricio,



Bukan penyokong Newcastle sahaja yang terasa dengan pemergian beliau. 

Coloccini adalah gentleman  dalam bolasepak. Seorang yang dedikasi dan profesional 

Beliau pasti akan dirindui. 

Selamat maju jaya Fabricio, moga hasrat anda untuk kembali ke kelab yang anda sayang sebagai jurulatih akan tercapai.

[adrotate banner=”9″]

Baca juga: 1997 UEFA Champions League, Newcastle 3-2 Barcelona – Di Mana Mereka Sekarang?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN