Kejuaraan 1992 Singkap Kenangan Manis Mubin Mokhtar, Anggap Piala Malaysia Hadirkan Suasana Berbeza

Mubin

Mubin Mokhtar, pemain yang terkenal dengan rembatan deras kaki kirinya ketika bergelar pemain satu ketika dahulu, mengakui kejayaan menjulang Piala Malaysia 1992 bersama Pahang kekal sebagai kenangan manis dalam karier.

Tambahnya, kenangan itu sukar dilupakan kerana kejayaan menjulang Piala Malaysia melengkapkan gelaran treble skuad Pahang pada masa itu selepas menjuarai Liga Semi Pro dan Piala Sumbangsih.

Selain itu, dia pernah menjulang Piala Malaysia sekali lagi pada tahun 1996 dengan Selangor apabila mengatasi Sabah pada aksi final.

“Tahun 1992 jadi musim pertama saya merasai gelaran juara Piala Malaysia iaitu bersama Pahang dan berjaya menewaskan Kedah di perlawanan akhir, ia kekal jadi kenangan yang saya tidak akan lupakan.

“Selepas itu, sekali pada tahun 1996 semasa bermain dengan Selangor, saya rasa bertuah kerana dapat lalui pengalaman dua kali menjulang Piala Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Mubin turut berharap pentas Piala Malaysia tetap akan dianggap sebagai saingan berprestij oleh semua penggiat bola sepak tempatan demi mempertahankan tradisi kejohanan tertua di rantau Asia Tenggara.

Aura Piala Malaysia sentiasa menghadirkan suasana berbeza termasuk dengan keghairahan peminat untuk turun ke stadium sepanjang kejohanan itu.

Malah, Mubin berpandangan Piala Malaysia adalah pentas untuk melihat pasukan manakah yang mampu konsisten sehingga penghujung musim kerana ia membabitkan 16 pasukan terbaik dari Liga Super dan Liga Premier.

Justeru, cabaran yang akan ditempuh setiap pasukan pasti sengit memandangkan pasukan dari Liga Premier sudah tentu mahu mencabar kewibawaan pasukan Liga Super.

Musim lalu menjadi saksi apabila Sabah yang menduduki tangga keenam Liga Premier berjaya cipta kejutan apabila mampu mara ke separuh akhir Piala Malaysia.

“Daripada dulu sampai sekarang, bagi saya nilai Piala Malaysia ini tidak pernah berubah dan kekal hangat pada saban tahun malah semua pasukan sentiasa memandang tinggi kejohanan ini.

“Apa sahaja pandangan, Piala Malaysia akan kekal sebagai paling berprestij di Malaysia pada kaca mata saya kerana ia seperti sebagai kemuncak saingan pada tiap musim.

“Kalau kita tengok, Piala Malaysia ini sebenarnya himpunan pasukan-pasukan terbaik daripada dua liga kita dan bukan semua pasukan berpeluang untuk layak.

“Hanya terbaik daripada Liga Super dan Premier sahaja boleh beraksi, justeru suasana itu yang timbulkan persaingan yang sukar dijangka pada tiap kali edisi, ” jelas Mubin Mokhtar lagi.

Kredit foto: JOHOR Southern Tigers

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN