Pemain berusia 16 tahun yang baharu menyertai Liverpool, Harvey Elliot telah memohon maaf kepada Harry Kane selepas video dirinya menghamburkan kata-kata offensif dan berunsur penghinaan terhadap penyerang Tottenham Hotspur itu menjadi tular.
Elliot memuatnaik video tersebut di Snapchat selepas Tottenham tewas kepada Liverpool di perlawanan akhir UEFA Champions League pada Jun lalu.
Quite a couple of years for new @LFC signing Harvey Elliot ? pic.twitter.com/Xe2Kcq7NTM
— ITV Football (@itvfootball) July 28, 2019
Melalui satu kenyataan, Elliot berkata beliau menyesal atas tindakan tersebut dan menekankan kandungan video tersebut tidak menggambarkan dirinya yang sebenar atau bagaimana beliau dibesarkan.
Jurgen Klopp has revealed Harvey Elliot rejected a number of top European clubs to join Liverpool – https://t.co/2a1w71C1uf pic.twitter.com/MY8QNAJWpb
— Squawka News (@SquawkaNews) July 30, 2019
“Saya sedar tindakan tersebut adalah tidak matang dan tidak masuk akal,” ujar beliau.
“Video tersebut diambil ketika bergurau bersama rakan-rakan di persekitaran yang sepatutnya memilili privasi. Ia tidak disasarkan kepada mana-mana individu.
“Saya dengan sepenuh hati mahu meminta maaf kepada sesiapa yang terkesan dengan video tersebut, dan telah menjadi tular di internet.
Pemain tengah itu melakukan debut profesional pada usia 15 tahun dan 174 hari, sebelum menyertai Liverpool dari Fulham pada awal minggu ini.