Media baru-baru ini telah melaporkan pemain pertahanan Barcelona yang juga bekas pemain Arsenal, Thomas Vermalen telah melengkapkan perpindahan ke Vissel Kobe.
Sebelum ini, Andres Iniesta, David Villa, Lukas Podolski, Sergi Samper dan beberapa pemain terkenal lain turut telah mengorak langkah sama ke kelab J1 League itu.
Jadi amatlah menarik minat kita untuk berbincang mengenai perjalanan Vissel Kobe sehingga mampu membawa masuk pemain-pemain ini:
https://www.youtube.com/watch?v=ybv4d5o2NzI
1. Vissel Kobe ditubuhkan pada tahun 1966. Pada ketika itu, mereka bermula sebagai pasukan semi profesional bernama Kawasaki Steel Soccer di Okayama. Pada tahun 1986, mereka membuat penampilan pertama di Divisyen 2 Japan Soccer League.
2. Pada tahun 1995 kelab ini berpindah ke dari Okayama ke Kobe. Bersempena dengan perpindahan home base ini, nama Vissel Kobe dicipta. Ia adalah kombinasi daripada 2 patah perkataan iaitu Vessel bermaksud Victory; dan Kobe – nama bandar itu sendiri.
3. Pada tahun 1995, Vissel Kobe yang sebelum ini dimiliki oleh Kawasaki Steel mendapat pemilik baru selepas Kawasaki Steel dijual kepada JFE Holdings. Tak lupa juga, pada waktu itu, Daiei merupakan pelabur utama kelab tersebut hinggalah bencana Great Hanshin Earthquake memaksa mereka menarik diri dari penajaan.
4. Pada tahun 1997, Vissel mula bermain di liga utama Jepun, J1 League selepas mengisi kekosongan slot yang ditinggalkan Honda FC yang mengalami masalah penajaan pada tahun 1997. Sejak 1997, Vissel tidak pernah berjaya menang sebarang kejuaraan liga.
5. Paling perit, tahun 2003 menjadi detik paling berat dugaannya bagi kelab Kobe ini apabila mengalami kerugian kewangan. Ini memaksa Vissel Kobe untuk masuk bankruptcy protection.
6. Pada bulan Januari 2004, Vissel dijual secara mutlak kepada Crimson Group – syarikat induk untuk sebuah syarikat platform pelaburan online iaitu Rakuten. Usaha pemiliknya iaitu Hiroshi Mikitani untuk menguatkan Vissel Kobe ‘berjaya’ menempatkan Vissel di tempat ke-11 liga pada musim 2004 – menyamai pencapaian musim 2003. Tetapi pada musim 2005, Vissel kembali menghuni tangga terakhir liga sehinggalah berlarutan bertahun-tahun lamanya.
7. Bayangkan dalam tempoh beberapa musim sahaja, Vissel bertukar-tukar ketua jurulatih sehingga mengalami prestasi yang tidak menentu. Bagaimanapun semuanya berubah pada tahun 2013 apabila Vissel menamatkan musim di tangga ke-2 J2 League di belakang Gamba Osaka. Ini membolehkan mereka dipromosi ke J1 League pada musim 2014.
8. Pada Disember 2014, Rakuten Inc. membeli pasukan ini dari Crimson Group. Buat anda yang sentiasa mengikuti perkembangan bola sepak, pasti sudah maklum Rakuten merupakan penaja bersama kelab gergasi Eropah yang terkemuka iaitu Barcelona.
9. Kira kira 4 tahun kemudian, Vissel Kobe berjaya mendapatkan bintang Barcelona iaitu Andres Iniesta. Di atas padang, Iniesta dikenali sebagai pemain yang bijak dan tinggi tahap teknikalnya. Tetapi tahukah anda di luar padang, Iniesta juga bijak dalam menguruskan pelaburan. Anda boleh membaca cerita tersebut di sini.
10. Paling terkini, dilaporkan bahawa Thomas Vermaelen telah disahkan akan berhijrah ke sana. Perpindahan bekas-bekas pemain terkemuka Barcelona ini merupakan faedah terbesar yang Rakuten dapat hasil perjanjian penajaan mereka bersama Barcelona.
DONE DEAL: Vissel Kobe have confirmed the signing of Thomas Vermaelen from Barcelona. pic.twitter.com/yYQqinX2cU
— Squawka Live (@Squawka_Live) July 27, 2019
Selamat maju jaya buat Thomas Vermaelen di Vissel Kobe!
Artikel disumbangkan oleh Faiz Azizan, penulis di InvestorMY.