Evra Umum Persaraan, Mahu Beri Tumpuan Kepada Bidang Kejurulatihan

Bekas pemain pertahanan Manchester United dan antarabangsa Perancis, Patrice Evra telah mengumumkan persaraan dari bola sepak, dan berkata dirinya akan bersedia mengendalikan pasukan selepas dua tahun.

Beliau yang kini berusia 38 tahun mengesahkan karier dirinya sebagai pemain sudah berakhir, dan kini mahu beralih ke bidang kejurulatihan bola sepak.

Sepanjang tempoh bergelar pemain, Evra telah tampil hampir 700 perlawanan untuk lapan kelab berbeza, termasuk Monaco dan Juventus melangkaui tempoh dua dekad.

Antara kejuaraan yang pernah diraih oleh Evra ialah lima kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), satu kejuaraan Serie A, dan juga kejuaraan di pertandingan UEFA Champions League (UCL).

Manakala di pentas antarabangsa, Evra melakukan 81 penampilan untuk negaranya, walaupun pernah digantung sebanyak lima perlawanan bersama Perancis, gara-gara memboikot latihan pada 2010 sebagai tanda sokongan kepada Nicolas Anelka yang dihantar pulang dari kem akibat pertengkaran dengan jurulatih, Raymond Domenech.

Evra beraksi dalam 379 perlawanan untuk United diantara 2006 sehingga 2014 sebelum menyertai Juventus.

Beliau kemudiannya menyertai Marseille pada Januari 2017, tetapi meninggalkan kelab Ligue 1 itu setelah terbabit dalam insiden menyepak seorang penyokong sebelum perlawanan UEFA Europa League.

Februari 2018, Evra kembali ke England untuk menyertai West Ham, dan kali terakhir tampil sebagai pemain bersama The Hammers pada Mei 2018. Beliau tidak pernah bermain bola sepak kompetitif selepas itu.

Sepanjang bersama kelab London tersebut, Evra hanya tampil dalam lima perlawanan.

Keputusan untuk bersara daripada bola sepak diumumkan oleh Evra kepada akhbar La Gazzetta dello Sports, dan kini mahu memberikan fokus untuk menjalani kursus kejurulatihan selama 18 bulan seterusnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN