Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq jelas tidak gembira dengan etika kebersihan yang gagal selepas final Piala FA 2019 melibatkan pasukan Perak dan Kedah di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Selepas tamat perlawanan FA 2019, Syed Saddiq mengucapkan tahniah kepada pasukan Kedah, dan beliau meminta kepada semua penyokong yang hadir agar tidak lupa untuk mengutip sampah, dengan slogan: “Stadium kita, rumah kita.”
Tahniah Kedah.
Kepada fans yang hadir, tolong jangan lupa kutip sampah di sekeliling kita. Our Stadium, our home🇲🇾💪🏻— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) July 27, 2019
Malangnya seruan Syed Saddiq itu jelas tidak sampai kepada segelintir penyokong yang tidak bertanggungjawab.
Seorang pengguna twitter dengan nama Kar Jun telah ‘tagging’ nama Syed Saddiq dengan berkata: “Jelas sekali orang Malaysia kita – para penyokong bola sepak tidak ambil peduli dengan alam sekitar seperti mana mereka ambil peduli tentang bola sepak.”
“‘Terima kasih’ di atas sikap mementingkan diri mereka, udara pagi kita yang segar kini dilitupi dengan bau busuk. Trek larian pun dipenuhi dengan sampah sarap.”
It’s obvious that our Malaysian football fans don’t care about the environment as much as they care about football. Thanks to their selfishness, our morning fresh air is covered with stinky smell, the running track is filled with rubbish. @SyedSaddiq pic.twitter.com/79ItYQPKoD
— Kar Jun (@KJun24) July 28, 2019
Selepas melihat tweet tersebut, Syed Saddiq terus memberikan respon akan perkara itu.
Beliau menyatakan kekecewaannya dan berkata: “Jangan sembang nak perbaiki mutu bola sepak negara kalau etika kebersihan pun fail. Our stadium, our home. Our thrash, our responsibility (stadium kita, rumah kita. Sampah kita tanggungjawab kita).”
Jangan sembang nak perbaiki mutu bola sepak negara kalau etika kebersihan pun fail.
Our stadium, our home.
Our thrash, our responsibility. https://t.co/GbVXn4n1PA— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) July 29, 2019
Sikap seperti ini harus diubah, dan bersama-sama kita menjadi penyokong bola sepak yang lebih baik di masa akan datang. Kami percaya ramai penyokong bola sepak yang sejati ada kesedaran yang tinggi tentang isu seperti ini.
Kita sudah banyak kali melihat para penyokong bola sepak membersihkan stadium selepas perlawanan. Paling popular adalah orang Jepun.