Aidil Sharin Mahu Fokus Aksi Di Padang Berbanding Isu Renan

Aidil

Jurulatih Kedah, Aidil Sharin mendedahkan beliau lebih berminat untuk memberikan fokus kepada aksi final Shopee Piala FA 2019 bertemu Kedah di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) berbanding memikirkan tekanan kehilangan khidmat pemain pertahanan utama, Renan Alves.

Terdahulu, hajat Kedah untuk menurunkan Renan di SBNJ Sabtu ini tidak kesampaian apabila dia perlu menjalani penggantungan satu perlawanan yang telah ditetapkan mengikut Kod Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Surat hukuman berkenaan telah dikeluarkan secara rasmi oleh FAM pada 23 Julai lalu selepas Alves dilayangkan kad kuning kedua, seterusnya kad merah pada perlawanan terakhir Liga Super 2019 bertemu Felda United di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka pada 21 Julai lalu.

Mengulas lanjut, Aidil menyifatkan kehilangan Renan bakal memberikan suntikan motivasi secara tersirat selain menaruh kepercayaan tinggi kepada ana buahnya yang lain bagi menggantikan posisi pemain kelahiran Brazil itu.

“Setakat ini semua berjalan dengan baik dan persiapan berjalan cukup licin. Kami sudah pasti mengakui terasa kehilangan Rennan kerana dia merupakan salah satu tonggak utama Kedah.

“Jadi kami tidak boleh buat apa-apa dan harus menghormati peraturan pertandingan tetapi apa yang lebih mustahak kepada sesiapa yang mengisi posisi (Renan) itu harus bersiap sedia dan memberikan yang terbaik.

“Saya percaya pemain saya seperti Shakir Hamzah yang cukup selesa untuk bermain dengan mana-mana pemain dan Kedah akan memberikan yang terbaik untuk final malam esok.

“Bola sepak ia sentiasa melibatkan elemen risiko. Kepada sesiapa yang diberikan tugas untuk turun bermain tetapi saya tidak tahu siapakah pemain itu lagi buat masa ini, mereka harus bersiap sedia kerana kita perlu fokus bukan kepada satu posisi itu sahaja tetapi perhatian kepada semua kawasan,” ujarnya dalam sidang akhbar di SNBJ, hari ini.

Dalam perkembangan lain, jurulatih Perak, Mehmet Durakovic mengakui beliau berdepan sedikit tekanan dalam usaha menamatkan penantian The Bos Gaurus memenangi Piala FA dalam tempoh 15 tahun.

Mehmet memberitahu, tugas itu bukan mudah seperti yang dijangka di mana lawan yang menanti mereka di pentas Shopee Piala FA 2019 itu antara salah satu pasukan elit dalam Liga Malaysia.

Bagaimanapun, bekas pengendali Selangor itu kekal optimis bahawa skuad kendaliannya akan memberikan aksi terbaik dan mengharapkan kejayaan akan memihak kepada Perak dalam tempoh 90 minit.

Sebagai rekod, kali terakhir Perak menjulang Piala FA ketika menewaskan Terengganu 3-0 pada tahun 2004.

“Sudah pasti tekanan itu ada tetapi kami mahu memandang ia daripada sudut positif. Saya tahu Perak berdepan penantian cukup lama dalam kejohanan ini tetapi kami tetap akan berjuang habis-habisan.

“Kedah adalah satu pasukan yang kuat dan sudah pasti final malam esok akan menjadi satu perlawanan yang menarik tetapi saya berharap Perak dapat menamatkan penantian menang Piala FA.

“Saya pening kepala memikirkan kesebelasan utama kerana semua pemain berada di tahap terbaik. Buat masa ini saya belum memilih siapa yang akan beraksi esok dan saya percaya semua pemain bersemangat untuk diturunkan,” katanya yang membantu Perak menjulang trofi Piala Malaysia tahun lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN