Pengadil Malaysia Ataupun Jepun, Mehmet Tak Kisah

Pengendali Perak, Mehmet Durakovic menyatakan beliau tidak mahu memberikan layanan berbeza ke atas pengadil Jepun mahupun pengadil dari Malaysia.

Hal ini kerana fokus utama beliau dan kem Perak FA ketika ini adalah mempersiapkan diri untuk perlawanan akhir Piala FA 2019.

Jika pengadil Jepun tersebut tidak melakukan tugas dengan baik – mereka juga wajar dikritik dan diprotes.

Pengendali Perak itu menegaskan beliau sudah lama terlibat dalam Liga Malaysia sejak daripada pemain sehinggalah menjadi jurulatih.

Sepanjang tempoh itu, beliau tidak pernah ada masalah dengan pengadil Malaysia. Beliau tetap menghormati tugas pengadil.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Mehmet berkata: “Pengadil Malaysia atau Jepun sama saja bagi saya, mereka buat kerja yang baik, tiada beza pengadil tempatan atau luar.

“Selama ini pun saya tiada apa-apa masalah dengan pengadil kita dalam saingan liga tempatan.”

FAM memutuskan untuk menggunakan pengadil dari Jepun dalam aksi final Piala FA 2019.

Tindakan itu mengundang pelbagai reaksi. Ada yang setuju ada yang kurang setuju. Subkhiddin Mohd. Salleh antara yang kecewa dengan tindakan FAM itu – yang seolah-olah mengundang persepsi negatif ke atas pengadil tempatan.

Perak dan Kedah akan beraksi dalam final Piala FA 2019. Mehmet Durakovic sekali lagi mengidamkan piala domestik bersama Perak selepas berjaya melakukannya musim lalu – dalam saingan Piala Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN