Dua bintang bola sepak Liga Perdana Inggeris dilaporkan menjadi mangsa rompakan oleh kumpulan lelaki bersenjata di London.
Dua pemain tersebut adalah Mesut Ozil dan Sead Kolasinac, dan insiden tersebut disahkan sendiri oleh pihak kelab. Kedua-dua pemain tidak mengalami kecederaan dalam insiden tersebut.
Video yang menjadi tular di media sosial merakamkan bagaimana Kolasinac cuba mengejar dan melawan salah seorang dari perompak di Platts Lane, berdekatan Golders Lane.
Arsenal melalui satu kenyataan berkata: “Kami telah menghubungi kedua-dua pemain, dan mereka berada dalam keadaan selamat.”
Dalam rakaman video tersebut, dua perombak kelihatan memiliki pisau sebagai senjata sambil mengacukannya ke arah Kolasinac.
Jurucakap Polis Metropolitan berkata: “Kami mendapat aduan suspek yang menunggang motosikal cuba merompak seorang lelaki yang berada di dalam sebuah kenderaan.
“Pemandu dan seorang penumpang bagaimanapun berjaya mengelak tanpa sebarang kecederaan, sebelum pergi ke sebuah restoran di Golders Green, dimana pegawai kami mengambil aduan.”
Tiada tangkapan telah dibuat setakat ini.
Kejadian rompakan membabitkan Ozil dan Kolasinac bukan kes rompakan pertama membabitkan pemain bola sepak profesional di England.
Pada 2016, penyerang West Ham, Andy Carroll turut diugut menggunakan senjata api ketika dalam perjalanan pulang dari latihan.
Arsenal’s Sead Kolasinac fought off armed men attempting to rob Mesut Özil’s car on Thursday in London https://www.theguardian.com/football/2019/jul/25/arsenal-sead-kolasinac-armed-robbery-mesut-ozil-car-london?CMP=share_btn_tw
Posted by Guardian football on Thursday, July 25, 2019