Melaka United Akui Hadapi Masalah Pembayaran Gaji Akibat Kelewatan Pembayaran Tajaan

Sebelum ini Berita Harian mendedahkan pemain pasukan Liga Super, Melaka United tidak menerima gaji sejak tiga bulan yang lalu.

Selepas beberapa hari berdiam diri mengenai isu ini, Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) akhirnya membuka mulut mengakui kesulitan yang dihadapi oleh mereka pada musim ini.

Menurut Timbalan Presiden MUSA, Datuk Mohd Yusoff Mahadi perkara itu terjadi kerana wang tajaan yang dijanjikan pada Jun lalu belum diterima oleh persatuan tersebut.

Foto: MUSA

Bercakap kepada BERNAMA, Yusoff Mahadi ketika ditemui ketika menyaksikan perlawanan persahabatan diantara skuad B-18 negara dan Selangor United berkata:

“Melaka diterajui oleh kepimpinan baharu, masalahnya adalah apabila beberapa penaja kita yang lepas belum membuat bayaran dengan sepenuhnya. Kita jangka mereka bayar bulan 6, tak bayar, “expect” bulan 7, tak bayar juga.

“Kita sebagai pengurusan, kita janji sebab expect duit itu datang, tetapi sponsor belum menunaikan janji tepat pada masa. Saya tak cakap mereka tak akan bayar, cuma tak tepat pada masa, itu yang menyukarkan sikit pengurusan sehingga berlaku sebegini.”

Yusoff bagaimanapun berkata pihak pengurusan MUSA akan mengambil langkah sewajarnya untuk menyelesaikan perkara tersebut supaya ia tidak memberi kesan kepada pemain yang akan beraksi di pertandingan Piala Malaysia mulai awal Ogos ini.

“Saya rasa Presiden (Adly Zahari) sendiri akan mengambil tindakan-tindakan yang perlu bagi menyelesaikan masalah ini supaya ia tidak memberikan kesan kepada semangat pemain menjelang saingan Piala Malaysia nanti.

“Saya harap kita akan ada satu penyelesaian yang baik kepada pasukan ini, kerana saya rasa pasukan ini berpotensi untuk memberi cabaran dalam Piala Malaysia,” katanya.

Melaka diundi dalam Kumpulan D bersama juara 33 kali, Selangor, Felda United dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) – dilihat sebagai salah sebuah pasukan pilihan yang mampu mara ke peringkat kalah mati.

Melaka United menamatkan saingan Liga Super musim ini di kedudukan keenam dengan 33 mata selepas 22 perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN