CONMEBOL dengan rasminya telah menjatuhkan hukuman ke atas Lionel Messi. Sebelum ini ramai menjangkakan Messi bakal dikenakan tindakan berat di atas keceluparan beliau.
Dalam Copa America 2019, Lionel Messi menuduh CONMEBOL sebagai korup dan membantu Brazil untuk juara. Seterusnya Lionel Messi turut mempertikaikan kredibiliti pengadil yang dianggap tidak bagus dan berat sebelah – menjadi sebab kenapa Argentina ‘dirompak’.
Argentina sekadar menamatkan saingan di tangga ke-3 dalam Copa America 2019.
Messi dalam kenyataan beliau ketika itu berkata: “Tidak syak lagi, segalanya sudah diatur untuk Brazil. Saya tak mahu keluar mengambil medal [ketiga] kerana tidak mahu menjadi sebahagian daripada korupsi ini.”
“Kami [Argentina] boleh pergi lebih jauh, tetapi mereka tidak membenarkan kami ke final. Korupsi, pengadil dan semua yang lain membuatkan orang tidak lagi menikmati bola sepak.”
CONMEBOL sebelum ini sudah mengeluarkan kenyataan balas dengan menyatakan kekecewaan mereka di atas tuduhan Lionel Messi yang dianggap tidak berasas.
Dan hari ini, badan tertinggi bola sepak Amerika Selatan itu menjatuhkan hukuman denda $1,500 dan gantung 1 perlawanan – di atas komen yang dianggap ofensif.
‼️ OFFICIAL: Lionel Messi has received a 1-match ban and a $1500 fine, seemingly for his corruption allegations against the CONMEBOL. pic.twitter.com/eXu5VrRe9v
— Blaugranagram (@Blaugranagram) July 24, 2019
Lionel Messi kini masih bercuti selepas tugasan antarabangsa. Beliau antara pemain yang ditunggu oleh peminat Barcelona untuk kembali ke kem pra musim bagi memulakan sesi latihan dengan Griezmann – dalam usaha membentuk gandingan baharu.