Sebelum ini, Nicolas Pepe dikaitkan dengan perpindahan ke beberapa kelab utama Eropah seperti Paris Saint-Germain (PSG), Liverpool, dan juga Napoli.
Kali ini perkhabaran perpindahan itu benar-benar terjadi selepas Lille mengakui mereka menerima tawaran ‘besar’ untuk pemain tersebut.
Bidaan dari Old Trafford?
Kebetulan atau tidak, Pepe pertama kali dikaitkan dengan Manchester United pada minggu lalu oleh akhbar The Times.
Pasukan yang sekadar menamatkan saingan di kedudukan ke-6 Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim lalu itu dilaporkan telah menawarkan £70 juta untuk pemain sayap menyerang itu.
Man United table £72m offer for Lille star Nicolas Pepehttps://t.co/C20Azn6fBc#MUFC pic.twitter.com/Wz5IirGygM
— Indy Football (@IndyFootball) July 23, 2019
Jika jumlah yang ditawarkan tersebut adalah benar, maka ia sepatutnya cukup untuk membenarkan Lille melepaskan pemain berusia 24 tahun tersebut.
Pasti tanpa pendedahan
Dalam perkembangan terbaru mengenai pemain ini, Presiden Lille, Gerard Lopez berkata satu persetujuan telah dicapai untuk perpindahan Pepe – tanpa mendedahkan kelab yang melakukan bidaan terhadap pemain yang dianggap aset mereka itu.
Walaupun tidak menyebut kelab manakah yang akan menjadi destinasi Pepe, jelas sekali minat dari kelab-kelab EPL sejak beberapa bulan yang lalu menjadi indikasi pemain ini bakal ke England.
“It is true that there are big offers and big clubs in for him, so I think [he will leave].”
— Sky Sports Football (@SkyFootball) July 23, 2019
Ketika bercakap kepada La Voix du Nord di Perancis, Lopez dipetik sebagai berkata: “Tanggungjawab dan kerja kami sudah selesai.
“Dari segi perpindahan dan ketibaan [pemain], jika ada pemain yang pergi, kami akan mula aktif mencari pengganti.
“Untuk Niko [Pepe], ia hampir selesai dan beliau boleh pergi sejak musim panas lalu.
“Ianya benar bahawa ada tawaran yang baik dari sebuah kelab besar untuk beliau. Maka saya berpendapat dia akan pergi. Selain daripada hal itu, anda tidak akan tahu apa akan terjadi dalam bola sepak.”
Rekod cemerlang
Musim lalu Pepe menjaringkan 22 gol dari 28 penampilan untuk Lille, menjadikan beliau tumpuan kelab-kelab utama eropah.
Hanya Kylian Mbappe dari PSG yang menjaringkan lebih banyak gol dari Pepe pada musim lalu.
Nicolas Pepe: Won more WhoScored man of the match awards (13) than any other player in Ligue 1 last season
For more player stats — https://t.co/eyJ610YOEt pic.twitter.com/pjCAaGet8Y
— WhoScored.com (@WhoScored) July 23, 2019
Pada Julai lalu, ejen pemain antarabangsa Ivory Coast itu turut mengesahkan jendela perpindahan kali ini akan menjadi penentu hala tuju seterusnya buat pemain ini.